Aliran kritik hadith semasa: Analisis metode kritik Abu Ishaq al-Huwayni, Mahmud Sa‘Id Mamduh dan Hamzah al Malyabari / Umar Muhammad Noor

Umar, Muhammad Noor (2018) Aliran kritik hadith semasa: Analisis metode kritik Abu Ishaq al-Huwayni, Mahmud Sa‘Id Mamduh dan Hamzah al Malyabari / Umar Muhammad Noor. PhD thesis, University of Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (1254Kb)
    [img]
    Preview
    PDF (Thesis PhD)
    Download (3267Kb) | Preview

      Abstract

      Kalangan Ahli Sunnah pada hari ini telah berpecah menjadi beberapa aliran. Tiga daripadanya selalu muncul dalam perdebatan tentang status kesahihan hadith iaitu aliran Sufi, Salafi dan Iḥyā’ Manhaj al-Mutaqaddimīn. Sebuah hadith yang dinilai sahih oleh salah satu aliran seringkali dinilai lemah oleh aliran yang lain, ataupun sebaliknya. Sebagai satu langkah untuk merapatkan barisan, penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji sebab-sebab perselisihan dalam kritik hadith tersebut dengan memfokuskan pengamatan kepada metode kritik Maḥmūd Sa‘īd Mamdūḥ daripada aliran Sufi, Abū Isḥāq al-Ḥuwaynī daripada aliran Salafi dan Ḥamzah al-Malyabārī daripada aliran Iḥyā’ Manhaj al-Mutaqaddimīn. Metodologi ketiga-tiga tokoh dirumuskan menerusi analisis induktif yang diaplikasi terhadap pelbagai ucapan dan praktik mereka dalam menetapkan status perawi, kesambungan sanad, analisis ‘illah dan naiktaraf hadith lemah. Kajian kualitatif dalam penyelidikan ini turut mengaplikasi metode analisis sejarah, analisis teks dan analisis perbandingan. Data primer dan sekunder diperolehi menerusi metode dokumentasi. Hasil kajian mendapati bahawa ketiga-tiga tokoh bersepakat dalam kebanyakan prinsip dan kaedah utama dalam ilmu kritik hadith. Perbezaan metodologi di antara ketiga-tiga tokoh berpunca daripada perbezaan dalam merujuk sumber, perbezaan dalam penetapan kaedah dan perbezaan dalam menentukan sempadan ijtihad. Kajian turut mendapati bahawa metode kritik yang diamalkan oleh ketiga-tiga tokoh secara umumnya mewakili tiap-tiap aliran. Daripada aspek kekuatan, metode kritik hadith yang diaplikasi oleh tokoh aliran Sufi membuka peluang yang lebih besar dalam mensahihkan dan menghasankan hadith. Metode ini adalah kelanjutan daripada penerimaan metode fuqahā’ dalam kritik hadith dan sikap aliran Sufi yang selalu berusaha mempertahankan tradisi daripada kritikan. Metode kritik hadith tokoh Salafi lebih bersederhana (mu‘tadil) walaupun masih bercampur dengan metode kritik ahli fiqh (fuqahā’) yang tidak selari dengan konsep dan praktik ahli hadith. Metode kritik tokoh aliran Iḥyā’ Manhaj al-Mutaqaddimīn lebih menepati metode kritik ahli hadith kerana teliti membezakan antara metode ahli hadith daripada metode fuqahā’ serta selalu tunduk kepada ketetapan ahli hadith terdahulu. Selain menyediakan kajian analisis, penyelidikan ini turut menghasilkan tujuh kaedah berinteraksi dengan khilaf kritik hadith semasa untuk panduan penyelidik dan masyarakat awam. Dapatan ini diharapkan dapat menjelaskan salah satu akar perselisihan pendapat di antara aliran-aliran Sunni Semasa, sekaligus memartabatkan ilmu kritik hadith dalam konteks moden.

      Item Type: Thesis (PhD)
      Additional Information: Thesis (PhD) – Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 2018.
      Uncontrolled Keywords: Ahli Sunnah; Abu Ishaq al-Huwayni, Mahmud Sa‘Id Mamduh dan Hamzah al Malyabari
      Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
      Divisions: Academy of Islamic Studies
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 24 May 2018 12:16
      Last Modified: 22 Jul 2021 03:07
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/8639

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item