Koo , Tuan Kiap (1993) Chinese participation in commerce & industry: An evaluation of the role of the Associated Chinese Chambers Of Commerce & Industry of Malaysia (ACCCIM) / Koo Tuan Kiap. Undergraduates thesis, University of Malaya.
Abstract
Peniaga Cina telah lama memainkan peranan yang penting dalam aktiviti perdagangan dan perindustrian di Malaysia sejak abad ke- 19. Perkembangan itu adalah hasil daripada kombinasi faktor sejarah pada abad ke-19 dan awal abad ke-20, semasa Kolonial British menjajahi Tanah Melayu. Kebanyakan peniaga Cina telah aktif menyertai perniagan dan perdagangan. Ciri-ciri perniagaan Cina itu adalah kecil dari segi saiz perniagaan, keuntungan yang diperolehi, modal yang dilabur dan juga saiz gunatenaga. Perniagaan Cina yang kecil itu adalah dioperasi secara interlocked dan inextricably berhubung dengan sistem clan dan lineage Cina. Lebih-lebih lagi perniaga Cina telah bersatu dan menubuhkan dewan perniagaan dan persatuan perdagangan untuk melindungi perniagaan mereka. Oleh yang demikian, dewan perniagaan memainkan peranan penting bagi penyertaan perniagaan Cina dalam sektor perdagangan dan industri. Berdasarkan hujah tersebut, kajian ini telah dibahagiakan kepada enam bab gambaran yang lebih jelas dan sistematik. untuk memberi satu Bab Satu merupakan satu pengenalan yang umum tentang objektif kajian 101. Ia juga membincangkan metodologi kajian, kepentingan kajian, dan juga masalah-masalah yang dihadapi semasa menjalankan kerja lapangan luar (fieldwork). Bab Dua pula mcmberi satu huraian tcntang latar belakang sosio-ekonomi perniaga Cina di Malaysia. Bab Tiga pula merupakan satu penganalisaan tentang latar belakang penubuhan struktur organisasi. Industri Cina Malaysia. dewan perniagaan Cina dan juga tentang Gabungan Dewan-dewan Perniagaan dan Bab Empat memberi tumpuan kepada fungsi dan pencapaian Gabungan Dewan-dewan Perniagan dan Industri Cina Malaysia. Ia Juga perhubungan dengan kerajaan. Bab Lima adalah mengenai pola penyertaan Cina dalam perniagaan dan industri. Ia juga membincangkan pola penyertaan . Cina itu dipengaruhi oleh Gabungan Dewan-dewan Perniagaan dan Industri Cina Malaysia. Bagi kesimpulan pula, ia cuba memberi satu rumusan tentang kaitan ciri-ciri yang penting dari Bab Satu hingan Lima dan memberi satu gambaran secara menyeluruh tentang penemuan dalam kajian ini. Ia juga mengemukakan beberapa cadangan yang diharap dapat memaju penyertaan perniagaan Cina dalam sektor penyertaan perniagaan Cina dalam sektor perdagangan dan industri.
Actions (For repository staff only : Login required)