Pembangunan model ENi berasaskan aktiviti inkuiri bagi program latihan kemahiran kejuruteraan Institut Latihan Kemahiran Malaysia / Abdul Muqsith Ahmad

Abdul Muqsith, Ahmad (2018) Pembangunan model ENi berasaskan aktiviti inkuiri bagi program latihan kemahiran kejuruteraan Institut Latihan Kemahiran Malaysia / Abdul Muqsith Ahmad. PhD thesis, University of Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (1610Kb) | Request a copy
    [img] PDF (Thesis PhD)
    Restricted to Repository staff only until 31 December 2020.

    Download (6Mb) | Request a copy

      Abstract

      Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Model ENi (etika dan nilai) berasaskan aktiviti inkuiri bagi program latihan kemahiran kejuruteraan. Penyelidikan ini menggunakan kajian Rekabentuk dan Pembangunan (Design & Development Research - DDR) yang diperkenalkan oleh Richey dan Klien (2007). Objektif kajian penyelidikan ini adalah untuk mengenalpasti keperluan elemen etika dan nilai untuk diterapkan dalam program latihan kemahiran kejuruteraan, membangunkan model ENi berasaskan aktiviti inkuiri bagi program latihan kemahiran kejuruteraan dan menilai kebolehgunaan model yang telah dibangunkan. Proses pembinaan model tersebut adalah bersandarkan kepada beberapa teori serta hasil gabungan tiga model utama iaitu model keutamaan (Aristotle 384-322 B.C ; Weiss, 2006 ; Jennings, 2006 ), Model Inkuiri (Alberta Learning, 2004) dan Model Nilai (Miskawaih 1398H ; Al-Ghazali, 1987 ; Zaharah Hussin, 2008). Kajian ini terbahagi kepada tiga fasa utama. Fasa I kajian melibatkan fasa analisis keperluan yang menggunakan kaedah tinjauan melalui pengedaran satu set borang soal selidik yang melibatkan 410 orang pelajar program latihan kemahiran kejuruteraan. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan Statistical Package for the Social Sciences 22.0. Selesai kajian fasa I, pengkaji melaksanakan fasa II iaitu fasa rekabentuk dan pembangunan model. Terdapat dua subfasa dalam fasa ini iaitu fasa pengenalpastian elemen dan fasa pembangunan model. Fasa pengenalpastian elemen bermula hasil kajian literatur berdasarkan kajian lepas beserta temubual dari tiga orang pakar dan kemudiannya di sahkan oleh sekumpulan pakar (8 orang) dalam perbengkelan Nominal Group Technique (NGT). Bagi fasa pembangunan model pula, pendekatan Interpretive Strcutural Modelling (ISM) digunakan melalui undian kumpulan pakar yang sama dengan berbantukan perisian concept star. Fasa III kajian merupakan fasa penilaian kebolehgunaan model. Ia melibatkan seramai 18 orang pengajar berpengalaman yang dijalankan menggunakan teknik fuzzy Delphi. Penilaian kebolehgunaan tersebut berdasarkan kepada pandangan pengajar melalui soal selidik. Dapatan pada fasa I mendapati bahawa menunjukkan permasalahan terhadap pelakuan tidak beretika dan tidak berakhlak sememangnya wujud di kalangan para pelajar dan ia berada pada tahap yang tinggi dengan 72.9%. Bagi fasa II pula, dapatan kajian telah mengenalpasti sebanyak 34 elemen etika dan nilai di peringkat awalan dan akhirnya hanya 30 elemen etika dan nilai dipilih sebagai komponen dalam pembangunan model ENi. Pada peringkat pembangunan model juga, model tersebut telah dikelaskan kepada 4 dimensi utama berdasarkan konsensus pakar. Fasa III kajian seterusnya menunjukkan konsensus yang tinggi dikalangan para pengajar terhadap kebolehgunaan model tersebut. Kajian ini akhirnya mengusulkan satu model ENi berasaskan aktiviti inkuiri bagi melahirkan seorang pelajar yang bukan sahaja kompeten dalam kemahiran malah bersahsiah baik. Kesimpulannya, pengkaji mencadangkan agar model ENi berasaskan aktiviti inkuiri ini dapat dijadikan garis panduan serta kerangka seterusnya diperkenalkan di peringkat pelaksanaan bagi program latihan kemahiran kejuruteraan dan juga program-program yang lain.

      Item Type: Thesis (PhD)
      Additional Information: Thesis (PhD) - Institute of Graduate Studies, University of Malaya, 2018.
      Uncontrolled Keywords: Ethics and values; Engineering skills training program; Inquiry
      Subjects: T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
      Divisions: Institute of Graduate Studies
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 27 Sep 2018 03:52
      Last Modified: 08 Oct 2018 04:24
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/8981

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item