Sistem jadual waktu elektronik (SJWE) / Mohd Nizam Mohd Noh

Mohd Nizam, Mohd Noh (2001) Sistem jadual waktu elektronik (SJWE) / Mohd Nizam Mohd Noh. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (28Mb) | Preview

    Abstract

    Projek llmiah Tahap Akhir IT (WXES3182) ini merupakan salah satu keperluan kursus yang perlu diambil sebelum seseorang pelajar Ijazah Srujana Muda Sains Komputer itu bergelar graduan unversiti. Bagi tujuan itu saya telah membuat keputusan membina suatu sistem pentadbiran jadual waktu untuk FakuJti Sains Komputer & Teknologi Maklumat dan sistem ini saya namakan sebagai Sistem Jadual Waktu Elektronik (SJWE). SJWE ini dibangunkan oleh dua orang dan setiap orang membuat domain yang berlainan. Rakan saya Mohd. Sirhan Shabrani Bin Mt. Salleh membuat bahagian pentadbiran jadual waktu (Administration) di mana bahagian ini meliputi kerja-kerja yang perlu mempertimbangkan proses-proses yang perlu dijalankan sebelum suatu jadual waktu itu siap dibina. Semua proses ini perlu diprogramkan menjadi suatu sistem yang dapat mengubah cara traditional membuat jadual waktu kepada suatu sistem elektronik dan berteknologi maklumat. Manakala, saya Mohd Nizam bin Mohd Noh pula dikehendaki menyiapkan bahagian perolehan/capaian data (Data retrival). Bahagian ini akan berfungsi mempersembahkan maklumat daripada jadual waktu yang telah siap kepada pengguna. Sistem ini merupakan suatu sistem yang berfungsi dalam persekitaran intranet: sahaja memandangkan keperluannya hanya untuk pentadbiran jadual waktu (FSKTM). Dalam membangunkan sistem ini beberapa aplikasi Kepintaran Buatan (AI) telah cuba diterapkan ke dalam SJWE ini seperti penggunaan kaedah reasoning berdasarkan rule. Selain itu aspek -aspek keselamatan dan keperluan sistem juga turut ditekankan dalam SJWE ini sepertimana yang telah dipelajari dalam kursus-kursus yang diambil. Walaupun tugas ini agak mencabar, saya akan mencuba dengan sedaya-upaya untuk merealisasikan sistem ini dengan baik. Pengalaman membangunkan sistem ini amat berharga dalam hidup saya dan akan menjadi panduan saya pada masa hadapan jika saya dikehendaki membina sistem.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) - Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2000/2001.
    Uncontrolled Keywords: Sistem Jadual Waktu Elektronik (SJWE); Perolehan/capaian data
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    T Technology > T Technology (General)
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mahadie Ab Latif
    Date Deposited: 03 Sep 2019 08:23
    Last Modified: 03 Sep 2019 08:23
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/9173

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item