Hak-hak reproduktif wanita berkahwin menurut perundangan Islam: Kajian kefahaman dan amalannya di Negeri Selangor / Norhana Ahad

Norhana , Ahad (2018) Hak-hak reproduktif wanita berkahwin menurut perundangan Islam: Kajian kefahaman dan amalannya di Negeri Selangor / Norhana Ahad. PhD thesis, University of Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (1596Kb) | Request a copy
    [img] PDF (Thesis PhD)
    Restricted to Repository staff only until 31 December 2020.

    Download (4047Kb) | Request a copy

      Abstract

      Setiap wanita mempunyai hak tersendiri dalam menjalankan peranan reproduktif mereka meliputi keputusan untuk berkahwin tanpa paksaan daripada mana-mana pihak, seksualiti rumah tangga yang bebas dari sebarang paksaan, diskriminasi dan keganasan, serta amalan perancangan keluarga. Kajian ini difokuskan terhadap masyarakat di negeri Selangor, merangkumi golongan wanita dan lelaki supaya dapat dinilai secara adil akan perbezaan antara kedua-duanya. Menggunakan kaedah mixed methods, tetapi lebih berpusatkan kepada data secara kuantitatif. Pendekatan kualitatif dijalankan melalui temu bual bersama tiga orang informan yang berkaitan dalam bidang kajian dan juga pendekatan kuantitatif melibatkan edaran soal selidik kepada 472 orang responden. Mengetengahkan perbahasan bahawa hak reproduktif wanita berkahwin ini dijamin dalam Islam, untuk memberikan hak reproduktif yang lebih berkeadilan kepada wanita. Menjadi ‘mangsa’ diskriminasi para suami tanpa sedar atas tiket ketaatan bukanlah suatu yang dianjurkan Islam. Setiap peranan yang dilalui dalam domestik rumah tangga perlulah didasari dengan anjuran mu‘āsharah bi al-ma‘rūf, supaya hak dan keadilan setiap pihak dapat dipenuhi. Hak ini dilihat kecenderungannya seakan menyokong agenda feminisme yang ada, tetapi dengan aspek pendekatan berbilang, melihat agama, standard hak asasi dan realiti semasa secara sama dalam konteks yang beriringan, pastinya hak ini dapat diimplementasikan berlandaskan prinsi Islam dalam kerangka proses yang lebih dinamik dan berkembang. Dapatan secara lapangan dan penganalisisan menggunakan ujian Chi Square serta Regressi Logistik kaedah Stepwise, mendapati masih banyak ruang pemantapan yang diperlukan dalam aspek ini, di samping polemik peranan reproduktif mereka di peringkat domestik rumah tangga yang masih berlarutan seperti amalan seksual di luar kerelaan, kehamilan yang tidak diingini, penolakan perancangan keluarga dan juga amalan keganasan rumah tangga. Dapatan kajian juga mengetengahkan preliminari Indeks Hak Reproduktif Wanita Berkahwin 2017 yang akan memberikan manfaat kepada LPPKN sebagai indikator terkini tahap pengamalan semasa reproduktif wanita berkahwin di negeri Selangor.

      Item Type: Thesis (PhD)
      Additional Information: Thesis (PhD) – Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 2018.
      Uncontrolled Keywords: Married woman; Islamic law; Women's rights; Women's reproductive functions
      Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
      H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
      Divisions: Academy of Islamic Studies
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 27 Mar 2019 07:24
      Last Modified: 27 Mar 2019 07:24
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/9769

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item