Pelaksanaan kutipan zakat pelanggan dalam akaun simpanan Mudharabah di Bank Muamalat Indonesia (BMI) / Mirzan Marwazy

Mirzan , Marwazy (2018) Pelaksanaan kutipan zakat pelanggan dalam akaun simpanan Mudharabah di Bank Muamalat Indonesia (BMI) / Mirzan Marwazy. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Thesis M.A)
Download (1300Kb) | Preview

    Abstract

    Zakat merupakan salah satu rukun Islam yang diwajibkan ke atas harta setiap Muslim. Harta yang wajib dizakatkan adalah harta yang berpotensi untuk berkembang. Berkembang di sini membawa maksud sifat harta tersebut memberikan keuntungan kepada pemiliknya. Muḍārabah merupakan salah satu akad dalam Syariat Islam yang bermatlamatkan pembahagian keuntungan. Jadi, harta muḍārabah adalah harta yang tertakluk kepada zakat. Berdasarkan hal ini, Bank Muamalat Indonesia (BMI) telah menawarkan satu keistimewaan kepada pelanggan akaun simpanan muḍārabah berbentuk pembayaran zakat secara automatik bagi pelanggan yang membenarkannya. Kajian ini dilakukan untuk mengkaji keabsahan atau ketepatan mekanisme yang dijalankan oleh pihak BMI dalam pembayaran zakat pelanggan ke atas akaun simpanan muḍārabah menurut konsep zakat dalam Syariat Islam. Pengumpulan data dalam kajian ini dilakukan dengan cara temu bual, dokumentasi dan data pustaka yang kemudiannya dianalisis dengan menggunakan kaedah induktif dan deduktif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan kutipan zakat pelanggan dalam akaun simpanan muḍārabah di BMI dari sudut pengukuran kepatuhan kepada zakat perniagaan terdapat beberapa isu yang perlu dibuat penambahbaikan agar selari dengan landasan yang telah digariskan oleh ulama fiqh klasik dan semasa.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 2018.
    Uncontrolled Keywords: Zakat; Muslim's wealth; Profit distribution; Mudarabah concept
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    H Social Sciences > HG Finance
    Divisions: Academy of Islamic Studies
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 29 Apr 2019 08:28
    Last Modified: 15 Mar 2021 07:21
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/9784

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item