Konsep al-Ittijah al-Hida’i dalam pemahaman al-Quran: Kajian terhadap pemikiran Taha Jabir al ‘Alwani dalam kitab Ma‘Alim fi al-Manhaj al-Qur’ani / Ahmad Fathi Adam

Ahmad Fathi , Adam (2018) Konsep al-Ittijah al-Hida’i dalam pemahaman al-Quran: Kajian terhadap pemikiran Taha Jabir al ‘Alwani dalam kitab Ma‘Alim fi al-Manhaj al-Qur’ani / Ahmad Fathi Adam. Masters thesis, University of Malaya.

[img] PDF (Thesis M.A)
Restricted to Repository staff only until 31 December 2020.

Download (2475Kb)

    Abstract

    Disertasi ini membincangkan tentang konsep al-Ittijāh al-Hidā’ī yang bertunjangkan tujuan asasi penurunan al-Quran kepada manusia sebagai kitab hidayah dalam memahami al-Quran. Konsep ini ditinjau pula dari perspektif pemikiran Ṭaha Jābir al-‘Alwānī melalui karyanya Ma‘ālim fī al-Manhaj al-Qur’ānī. Justeru, kajian ini mengemukakan kerangka konsep al-Ittijāh al-Hidā’ī di samping menganalisis signifikan pemikiran Ṭaha Jābir terhadap perbincangan al-Ittijāh al-Hidā’ī. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan metode dokumentasi dalam proses pengumpulan data dan metode analisis yang terdiri daripada metode historis, induktif, deduktif serta komparatif untuk penelitian data. Sumber data terdiri daripada penerbitan berkaitan ilmu al-Quran dan tafsir, pemikiran Islam dan Barat, serta biografi tokoh yang dikaji. Hasil kajian ini mendapati al-Ittijāh al-Hidā’ī merupakan konsep yang menjadikan hidāyah sebagai landasan dan matlamat dalam proses mentafsir dan memahami al-Quran melalui pengoptimuman usaha penyampaian petunjuk. Proses tersebut direalisasikan melalui empat asas utama iaitu: 1) Mengetahui dimensi hidayah al-Quran; 2) Menguasai ilmu alat dan berijtihad; 3) Memahami realiti kehidupan kehidupan manusia; 4) Kebergantungan kepada i‘jāz al-Quran. Melalui penelitian terhadap pemikiran Ṭaha Jābir, kajian ini mendapati beliau telah mengembangkan perspektif perbincangan al-Ittijāh al-Hidā’ī dalam mengoptimumkan petunjuk al-Quran melalui kerangka metodologi al-Quran. Malah, metodologi al-Quran dijadikan sebagai salah satu bentuk i‘jāz al-Quran. Di samping menjadi penyelesaian kepada krisis yang timbul dari sains moden, kerangka metodologi al-Quran penting sebagai sumber pembentukan struktur pengetahuan khususnya dalam pengkajian fenomena alam dan manusia. Terdapat dua piawaian metodologi utama selain dari konsep tauhid iaitu penyepaduan antara bacaan alam dan wahyu serta kesatuan struktur binaan al-Quran. Dua wasilah interaksi dalam mencapai petunjuk al-Quran pula ialah: 1) Penetapan mukadimah yang merangkumi penjiwaan al-Quran dengan hati dan bertadabbur; 2) Penumpuan cara bacaan secara konsepsi terhadap al-Quran dengan mamahami tabiat bahasanya. Kesimpulannya, perbincangan al-Ittijāh al-Hidā’ī sangat penting dalam mengembalikan segala usaha kepada realisasi tujuan al-Quran diturunkan. Pemikiran Ṭaha Jābir pula membawa perspektif lain dalam memaknai hidayah al-Quran melalui perbincangan metodologi al-Quran sekaligus memberikan signifikan terhadap al-Ittijāh al-Hidā’ī.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 2018.
    Uncontrolled Keywords: al-Quran; Al-Ittijah al-Hida’i; Pemikiran Ṭaha Jābir; Ijtihad; Tauhid
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    Divisions: Academy of Islamic Studies
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 08 Jul 2019 04:21
    Last Modified: 08 Jul 2019 04:21
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/9810

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item