Low , Soo Jin (1991) Sosialisasi kanak-kanak di Rumah Kebajikan Faith / Low Soo Jin. Undergraduates thesis, University of Malaya.
Abstract
Tajuk latihan ilmiah saya adalah “Soaialisasi kanak-kanak di Rumah Kebajikan Faith”. Disebabkan tajuk ini merangkumi bidang yang amat luas sekali, maka saya bahagikan kepada enam bab. Setiap bab ini masing-masing mempunyai fokus yang tertentu, tetapi adalah saling kait-berkaitan. Tujuan utama saya adalah supaya kita dapat memahami secara lebih mendalam tentang kehidupan kanak-kanak di rumah kebajikan dan melihat bagaimana proses sosialisasi dijalankan. Dalam bab pertama, kita melihat kepada kaedah penyelidikan dan masalah penyelidikan sebagai fokus utama. Bab ini juga menerangkan bagaimana penyelidik mengatasi masalah-masalah tersebut dengan cara yang tersendiri. Seterusnya, bab kedua pula mendalami apa yang disebutkan sebagai sosialisasi dan bagaimana proses sosialisasi dijalankan secara amnya. Ia juga tidak ketinggalan menerangkan bagaiman agensi dan agen sosialisasi itu berfungsi. Bab ketiga adalah merupakan bab mengenai kesemua hal tentang tempat kajian iaitu Rumah Faith. Kita melihat Rumah Faith dengan lebih dekat meliputi sejarah pembentukkannya, mengenali apakah aktiviti dan objektif yang dijalankan, masalah serta rancangan-rancangan masa hadapannya. Bab keempat dan bab kelima adalah bab analisis secara terperinci. Bab keempat mendekati Rumah Faith sebagai sebuah institusi. Ia cuba memahami tentang siapakah penghuninya dengan mengemukakan beberapa contoh kajian kes. Kemudian, bab ini memberikan pengkelasan tertentu kepada kesemua penghuninya dan melihat cara-cara hidup mereka di dalam persekitaran tersebut. Bab kelima pula lebih bertumpu kepada proses-proses sosialisasi yang berlaku di dalam keluarga penghuni sehingga ke kehidupan mereka di institusi kebajikan. Ia juga melihat tahap perkembangan individu dari segi umur yang berlainan dan fokus utama adalah kepada cara sosialisasi yang berlaku di institusi kebajikan. Bahagian terakhir iaitu bab keenam, saya menarik perhatian pembaca kepada mengenali agen dan agensi yang terlobat dalam keseluruhan proses sosialisasi seseorang penghuni di rumah kebajikan serta yang berfungsi dalam masyarakat.
Actions (For repository staff only : Login required)