Kepimpinan masyarakat Melayu luar bandar (satu kajian kes di Mukim Marak, Kelantan) / Mohd Razali Sidek

Mohd Razali , Sidek (1985) Kepimpinan masyarakat Melayu luar bandar (satu kajian kes di Mukim Marak, Kelantan) / Mohd Razali Sidek. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (8Mb) | Preview

    Abstract

    Latihan Ilmiah ini membincangkan isu kepimpinan masyarakat Melayu luar bandar di Mukim Marak, Kelantan. Tumpuan diberikan kepada kepimpinan dalam Kg. Marak kerana 50 orang responden diambil dari kampung ini mewakili Mukim Marak. Bab 2 menjelaskdn mengenai konsep dan aspek kepimpinan itu sendiri. Ini meliputi takrif, asas-asas dan hentuk kepimpinan yang dapat dihurai seterusnya dalam kajian ini. Aspek politik dilihat juga sebagai satu kepimpinan politik masyarakat Melayu. Penjelasan mengenai latarbelakang kawasan dan komuniti meliputi kegiatan ekonomi, penduduk, kemudahan asas serta kawasan dalam pilihanraya diberikan dalam Bab 3. Perkara yang lebih penting dalam hal ini ialah mengenai pentadbiran kampung yang memperlihatkan corak kepimpinan tradisional dan kepimpinan baru. Bab 4 menyentuh tentang tanggapan dan hubungan responden yang dipilih terhadap pemimpin mereka. Asas pemilihan pemimpin, kadar dan bentuk penyertaan responden diterangkan dalarn bab ini. Dari segi politik, pengkaji cuba melihat sikap responden terhadap parti-parti di samping mengemukakan pola-pola penglibatan mereka dalam kegiatan politik kepartian. Bab 5 pula melihat hubungan masyarakat dan kepimpinan secara keseluruhannya. Ini termasuklah institusi penghulu, petugas-petugas ugama, JKKK, ahli politik serta parti politik. Masalah dalarn kepimpinan juga dihuraikan. Dalam pada itu, disentuh sedikit pentadbiran dan kesannya ke atas pernbangunan termasuk kewiskinan. Akhir sekali, pengkaji menyimpulkan hasil kajian sebagai penutup dalam Bab 6.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1985/1986.
    Uncontrolled Keywords: Kepimpinan; Melayu luar bandar; Politik; Pentadbiran kampung; Institusi penghulu
    Subjects: H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
    J Political Science > JF Political institutions (General)
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 04 Jul 2019 08:34
    Last Modified: 04 Jul 2019 08:34
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10023

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item