Sistem penjanaan jadual waktu FSKTM / Emirasfa Abd Rashid

Emirasfa, Abd Rashid (2002) Sistem penjanaan jadual waktu FSKTM / Emirasfa Abd Rashid. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (48Mb) | Preview

    Abstract

    Kertas kerja ini memfokuskan kepada menyediakanjadual waktu secara automatik untuk setiap kelas bersesuaian dengan faktor-faktor yang perlu diambil kira meliputi bilangan pelajar, keluasan bilik kuliah(kapasiti yang dapat dimuatkan), pensyarah, subjek yang ditawarkan pada ketiga-tiga semester, slot masa dan juga berdasarkan kepada beberapa set peraturan. Sistem yang akan dibangunkan ini diberi nama 'Sistem Penjadualan Kelas'. Sistem Penjadualan Kelas adalah satu model yang dibangunkan untuk mencari penyelesaian kepada masalah sistem penjadualan yang sedia ada dan membina satu sistem yang mampu memenuhi keperluan fakulti untuk menyediakan jadual waktu yang mempunyai kebolehgunaan yang tinggi dengan menggunakan teknik sains komputer dan teknologi maklumat. Jika sistem ini berjaya dibangunkan, ia bukan sahaja dapat mengatasi masalah pertindihan jadual waktu malahan pihak Fakulti dapat menyediakan satu sistem penjadualan yang sistematik dan automatik. Sistem ini akan berfungsi menjana jadual waktu bagi program Sarjana Muda Sains Komputer dan program Sarjana Muda Teknologi Maklumat. Sistem ini juga dibina berdasarkan kepada sistem yang sedia ada iaitu sistem manual yang disusun pada setiap semester dengan beberapa peraturan. Set peraturan ini masih lagi dijadikan panduan untuk pembinaanjadual waktu ini. Sistem ini akan membangunkan satu sistem yang akan menjana jadual waktu secara automatik dan mengalihkan kaedah manual yang digunakan kepada satus sistem pengkomputeran. Sistem ini dibina berdasarkan kepada model metodologi. Model metodologi sistem ini adalah model V prototaip. Dimana model V telah digabungkan dengan model V dan model prototaip. Ini adalah kerana untuk mengatasi kekurangan model V dan bagi memastikan pembangunan sistem sentiasa diawasi pada setiap fasa.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2001/2002.
    Uncontrolled Keywords: Penjadualan; Prototaip; Slot masa; Pengurusan maklumat
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mahadie Ab Latif
    Date Deposited: 08 Jul 2021 12:53
    Last Modified: 08 Jul 2021 12:53
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10147

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item