Roslina , Md. Hassan (1989) Masalah sosioekonomi pembantu rumah: Satu kajian kes di seksyen 16, Petaling Jaya, Selangor / Roslina Md. Hassan. Undergraduates thesis, University of Malaya.
| PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree ) Download (10Mb) | Preview |
Abstract
Di dalam bab pertama, dijelaskan apakah tujuan kajian ke atas pembantu rumah ini dijalankan juga bidang serta kaedah kajian ini turut ditekankan. Di dalam menjalankan kajian kita tidak boleh lari dari menghadapi masalah maka di dalam bab ini turut diluahkan masalah yang dihadapi. Penglibatan golongan wanita di dalam bidang pekerjaan telah memberikan kesan kepada berbagai pihak. Maka di dalam bab kedua ini, di perjelaskan tentang bagaimana kedudukan wanita sebelum revolusi industri itu terjadi dan sehingga kini. Faktor-faktor mengapa wanita melibatkan diri di dalam dunia pekerjaan serta kesan-kesan yang timbul telah di hubungkaitkan di dalam menyelesaikan masalah yang timbul. Bab yang ketiga pula keseluruhannya di penuhi dengan jadual dan graf yang merangkumi data-data tentang umur pembantu rumah, negeri asal, jumlah pendapatan yang diperoleh serta jenis-jenis kerja yang dilakukan oleh pembantu rumah. Juga banyak lagi data yang boleh dirujuk di dalam bab ketiga tersebut. Latarbelakang majikan seperti bangsa, jumlah gaji serta jumlah gaji yang diberikan kepada pembantu rumah. Juga pandangan mereka terhadap langkah untuk memprofesionalkan pekerjaan pembantu rumah turut ditegaskan didalam bab keempat ini. Sesungguhnya, pengkajiaan tentang pihak majikan ini penting di dalam menghubungkaitkan permasalahan yang timbul terhadap pihak majikan serta pihak pembantu rumah. Segala permasalahan sosioekonomi yang dihadapi oleh pembantu rumah telah dihuraikan dan dibentangkan di dalam bab kelima di mana masalah-masalah tersebut turut dibandingkan dengan keadaan yang sepatutnya wujud di dalam situasi sebenar seseorang pekerja tidak kira apa kerja sekalipun. Sebagai bab akhir, iaitu bab keenam, kesimpulan terhadap segala masalah serta gagasan penyelesaian turut dikeluarkan dalam bab ini.
Item Type: | Thesis ( Undergraduates) |
---|---|
Additional Information: | Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1988/1989. |
Uncontrolled Keywords: | Pembantu rumah; Permasalahan sosioekonomi; Majikan; Wanita; Pekerjaan |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor |
Divisions: | Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology |
Depositing User: | Mr Mohd Safri Tahir |
Date Deposited: | 21 Jul 2020 02:42 |
Last Modified: | 21 Jul 2020 02:42 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10190 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |