Ayup, Hamid (1984) Guru-guru ugama semenanjung di Brunei / Ayup Hamid. Undergraduates thesis, University of Malaya.
Abstract
Dalam bab pertama, pengkaji menjelaskan tujuan kajian ini dijalankan , dan mengalurkan secara ringkas tentang latar belakang Negara Brunei serta keperluannya kepada buruh-buruh asing. Pengkaji juga memaparkan kaedah yang digunakannya dalam kajian ini. Digalurkan juga secara ringkas sejarah kedatangan guru-guru ugama Semenanjung ini ke Brunei. Dalam bab dua, pengkaji memaparkan latar belakang sosioekonomi guru-guru ugama ini sebelum berhijrah ke Brunei. Perkara yang dijelaskan ialah tentang umur dan status perkahwinan, pekerjaan yang dilakukan dan pcndapatan yang diperolehi, taraf pelajaran dan faktor yang menyebabkan mereka berhijrah. Pengkaji juga mcmbincangkan tentang proses penghijrahan guru-guru ugama ini ke Brunei dengan mendedahkan bagaimana mereka mendapat maklumat tentang peluang pekerjaan itu dan cara mereka membuat permohonan. Pengkaji juga menjelaskann cara mereka berhijrahke Brunei dan membawa anggota keluarga mereka ke sana. Pengkaji kemudiannya melihat beberapa perubahan dan peningkatan yang berlaku ke atas guru-guru ugama ini dari segi status perkahwinan, taraf pelajaran dan lantikan jawatan serta bentuk kelaurga setelah mereka berada di Brunei dalam bab tiga. Juga dipaparkan kekerapan mereka pulang ke kampung asal dan mengirim wang ke sana. Ada juga disentuh tentang persatuan yang mereka anggotai dan sumbangan mereka di sana. Dalam bab empat menceritakan proses penyesuaian guru-guru ugama ini dari segi persekitaran ekologi dan sosial di sana. Kemudian dipaparkan juga manifestasi penerimaan masyarakat tempatan terhadap usaha-usaha penyesuaian yang dilakukan oleh guru-guru ugama ini. Pengkaji kemudiannya membuat penilaian ke atas tiga objektif kajian ini dalam bab penutup.
Actions (For repository staff only : Login required)