Hashima, Hamid (2001) Siscom virtual shop / Hashima Hamid. Undergraduates thesis, University of Malaya.
Abstract
Laporan ini adalah ringkasan bagi proses yang dijalankan semasa membangunkan Sistem Virtual Shop iaitu sebuah sistem yang melibatkan satu proses pembelian dan penjualan barangan atau produk melalui kemudahan Internet dan teknologi komputer Pembelian barangan melalui internet telah mendapat sambutan rakyat terutamanya di kalangan usahawan ataupun mereka yang terlibat secara langsung dalam urusan jual beli barangan atau produk. Tambahan pula dengan adanya kemudahan teknologi komputer yang semakin canggih yang ada sekarang ini akan lebih memudahkan pengguna dan penjual mencapai matlamat mereka tanpa membuang banyak masa iaitu urusniaganya adalah secara atas talian. Sistem ini akan memudahkan pengguna yang mempunyai kemudahan internet di rumah untuk mendapatkan barangan kegemaran mereka berbanding dengan sistem manual terutamanya dari segi pembayaran. Ini kerana sistem ini lebih menekankan kepada aspek keselamatan terutamanya keselamatan akaun pengguna. Penyediaan beberapa modul telah dilakukan iaitu ianya melibatkan modul pembelian, modul pembayaran, modul keselamatan, modul bantuan dan lain-lain untuk membantu pengguna agar lebih tertarik dengan produk. Untuk mewujudkan konsep ramah pengguna, perisian ini telah dibangunkan dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan Visual Basic 6.0 dan Microsof Access 97 untuk membangunkan pengkalan data. VB merupakan satu sistem aplikasi pembangunan multimedia yang berkesan kerana ianya adalah 'time-based' dan menggunakan teknik pengaturcaraan berorientasikan objek.
Actions (For repository staff only : Login required)