WAP Personal information center: Kajian kes di Fakulti Sains Komputer Teknologi Maklumat, Universiti Malaya / Zurita Basir

Zurita, Basir (2005) WAP Personal information center: Kajian kes di Fakulti Sains Komputer Teknologi Maklumat, Universiti Malaya / Zurita Basir. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (13Mb) | Preview

    Abstract

    WAP-Personal Information Center atau WAP-PIC merupakan satu aplikasi yang dibangunan berasaskan kepada teknologi wireless application protocol (WAP). Ia menggunakan senibina pelayan-pelanggan n-tier untuk membekalkan pengguna terutamanya bagi mereka yang masih baru di dalam teknologi ini. Dengan adanya capaian tanpa wayar ini, pengguna dapat menguruskan kehidupan mereka dengan lebih baik malah ia juga dapat memberikan maklumat terkini berdasarkan kepada perkhidmatan yang disediakan. Tujuan utama pembangunan WAP-PIC ini adalah kerana untuk menyediakan satu alternatif lain kepada pengguna menguruskan tugasan harian mereka dengan hanya menekan butang klik yang mudah pada peranti tanpa wayar mereka dalam cara yang lebih mudah, cepat dan menarik. Terdapat dua modul utama dalam aplikasi ini iaitu modul pengguna dan modul pentadbir. Modul pengguna membenarkan pengguna untuk membuat capaian ke atas semua perkhidmatan yang ditawarkan seperti mengetahui laporan cuaca untuk tiga hari, mendapatkan maklumat mengenai sesebuah hotel atau restoren. Malah, dapat membuat tempahan tiket wayang. Manakala bagi modul pentadbir pula menyediakan kemudahan bagi pentadbir membuat penyelenggaraan di dalam pangkalan data. Pentadbir mempunyai hak dan kebenaran untuk menambah, menghapus, mengubahsuai dan mengemaskini kesemua rekod yag ada di dalam pangkalan data. Aplikasi ini dibangunkan menggunakan WML dan ASP. Pelantaran (platform) yang akan digunakan adalah Windows XP Professional. Sistem ini menggunakan MySQL sebagai pangakalan data dan pengaturcaraan ASP dalam pembangunan laman web pentadbir. Selain itu, peralatan pembangunan yang lain adalah seperti Openwave Simulator 7 dan Waptor sebagai editor WML. Dengan terbinaya sistem tanpa wayar ini, ia dapat memudahkan pengguna untuk mendapatkan sebarang maklumat dengan cara yang begitu mudah dan dapat dilakukan pada bila-bila masa an di mana-mana sahaja. Ini kerana kesemua perkhidmatan yang ditawarkan di dalam aplikasi ini adalah sesuatu yang berkait rapat dengan kehidupan seharian. Ia juga sesuai untuk julat pengguna yang luas dari segi mereka yang baru mengenali teknologi ini kepada mereka yang sudah pun mengetahuinya.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2004/2005.
    Uncontrolled Keywords: Wireless application protocol (WAP); Personal information center; Modul pentadbir; Openwave Simulator 7; Modul pengguna
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 29 May 2020 01:25
    Last Modified: 17 Aug 2020 07:12
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10249

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item