Laman web jabatankuasa peristilahan sains komputer dan teknologi maklumat (LWJP) / Mohd Lafiz Mohd Nor

Mohd Lafiz, Mohd Nor (2002) Laman web jabatankuasa peristilahan sains komputer dan teknologi maklumat (LWJP) / Mohd Lafiz Mohd Nor. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (46Mb) | Preview

    Abstract

    Laman Web Jawatankuasa Peristilahan Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (LWJP). Projek Ilmiah Tahap Akhir II, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaya, Sesi 2001/2002. LWJP adalah laman web dibangunkan khas untuk kegunaan Jawatankuasa Peristilahan Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (Jawatankuasa), Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaya. Ianya bertujuan untuk menyenangkan dan melicinkan segala aktiviti badan ini. Melalui laman web ini, terdapat satu pautan ke Sistem e-Istilah yang sedia ada yang mana sistem ini merupakan kamus istilah Sains Komputer dan Teknologi Maklumat yang beroperasi atas talian (on-line). LWJP dibangunkan dengan menggunakan Microsoft Visual InterDev, Microsoft FrontPage, Microsoft Access, Macromedia Flash, Perisian Perkataan Notepad, Adobe Photoshop, Personal Web Server, disamping perisian lain. Bahasa pengaturcaraan seperti VBScript, JavaScript, Active Server Page (ASP) dan HTML turut digunakan bagi menyokong pembangunan laman web ini. Ia boleh dilarikan di persekitaran Windows 98 dan persekitaran yang lebih tinggi dengan menggunakan pelayar web utama iaitu Microsoft Internet Explorer. LWJP dibahagikan kepada dua modul utama iaitu Modul Pengguna Umum dan Modul Pentadbir. Modul Pengguna Umum mempunyai pelbagai fungsi yang memaparkan maklumat dan Modul Pentadbir yang bertujuan penyelenggaraan. Selain itu, pengguna juga boleh menghantar sebarang komen atau pandangan yang berguna ataupun menghantar e-mail terus kepada ahli-ahli Jawatankuasa. Pentadbir pula boleh menyelenggarakan maklumat dengan menambah, mengemaskini dan menghapuskan maklumat yang sediada. Kandungan projek ini terdiri daripada bab 1 sehingga bab 7 dan disertakan dengan beberapa gambarajah, kod aturcara dan manual pengguna. Setiap bab disusun dengan rapi agar memudahkan pembaca membaca dan membuat rujukan. Matlamat utama projek ini adalah untuk menerangkan dengan lengkap setiap fasa-fasa yang telah digunakan dalam membangunkan laman web ini. Segala pengetahuan dan teori yang telah dipelajari serta maklumat yang diperolehi dipraktikan di dalam usaha untuk menjayakan projek ini. Walaubagaimanapun, kejayaan projek ini adalah bergantung kepada usaha beterusan disamping peningkatan pemahaman mengenai perkara yang akan digunakan. Oleh yang demikian, semoga LWJP ini diharap akan memberi manfaat kepada Jawatankuasa dan menjadi salah satu sumber penting kepada Jawatankuasa mahupun pengguna lain.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2001/2002.
    Uncontrolled Keywords: Laman Web; Jawatankuasa Peristilahan Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (LWJP); Sistem e-Istilah; Kamus istilah
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mahadie Ab Latif
    Date Deposited: 28 May 2020 06:41
    Last Modified: 28 May 2020 06:41
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10260

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item