Dasar-dasar pemililihan wakil rakyat di kalangan masyarakat kampung: Satu kajian kes di kawasan Dewan Undangan Wakaf Mempelam, Terengganu / Mohd Zaid Sulong

Mohd Zaid , Sulong (1987) Dasar-dasar pemililihan wakil rakyat di kalangan masyarakat kampung: Satu kajian kes di kawasan Dewan Undangan Wakaf Mempelam, Terengganu / Mohd Zaid Sulong. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (14Mb) | Preview

    Abstract

    Dalam bab pertama, perbincangan adalah tertumpu kepada tujuan kajian serta kepentingannya. Di samping itu, dibincangkan juga metode yang telah digunakan. Seterusnya pula diberikan tentang masalah yang dihadapi semasa melakukan kajian dan konsep-konsep serta teori-teori yang digunakan. Dalam bab kedua dibincangkan pula latarbelakang tempat kajian dari segi bentuk pimpinan, komunitinya, Pendidikan, pekerjaan serta kemudahan social yang terdapat di kawasan tersebut. Juga dibincangkan tentang Kawasan pilihanraya bagi Kawasan tersebut. Bab ketiga pula membincangkan tentang sikap serta penyertaan penduduk Kawasan kajian. Ini adalah merujuk kepada bagaimana mereka disosialisasikan oleh agen-agen seperti media massa, keluarga, Pendidikan, agama dan politik. Seterusnya perbicangan tertumpu kepada sikap aktif dan pasif penduduk kawasan tersebut serta pemimpin politik yang mereka sukai. Seterusnya dalam bab empat ialah berkanaan dengan pemilihan wakil rakyat. Di sini mereka menyatakan oaring yang menjadi wakil rakyat mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Perbicnangan tertumpu dari segi Pendidikan, pengalaman, sifat peribadi, kegiatan social dan lain-lain. Dalam bab lima pula, dibincangkan tentang sebab-sebab kekalahan UMNO dan kemenangan PAS. Ini merujuk kepada sifat peribadi, kelulusan, kegiatan sosial dan lain-lain yang bersangkutan dengannya. Dalam bab enam pula adalah satu analisis tentang pilihanraya umum 1986 mengenai ADUN Wakaf Mempelam dan Serada. Dalam bab ini berlaku demikian di Negeri Terengganu. Bab tujuh pula merupakan kesimpulan yang didapati tentang perbincangan dalam bab-bab yang lalu. Di sini akan dnyatakan dasar-dasar yang perlu ada pada seseorang yang ingin menjadi seorang wakil rakyat. Dasar-dasar ini dilihat dari segi Pendidikan, pengalaman dan lain-lain lagi.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1986/1987.
    Uncontrolled Keywords: Wakil rakyat; Dewan Undangan Wakaf Mempelam; komuniti; pilihanraya umum 1986; Dasar pemilihan
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 21 May 2020 08:16
    Last Modified: 21 May 2020 08:16
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10275

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item