Implementasi VHDL Untuk Pengecaman Aksara Jawi / Razman Abdul Ghani

Razman , Abdul Ghani (2003) Implementasi VHDL Untuk Pengecaman Aksara Jawi / Razman Abdul Ghani. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (18Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian terhadap pembangunan tulisan jawi di era teknologi maklumat yang canggih ini memang kian giat diusahakan pada masa kini kerana beberapa perisian yang berkaitan penulisan jawi ini yang telah diperkenalkan. Namun sememangnya kita ketahui, pengetahuan tentang tulisan jawi agak kurang didedahkan kepada masyarakat pada masa ini. Sumber yang biasa kita jumpa untuk mengenali tulisan jawi ini yang popular ialah akhbar harian jawi, itupun dalam kuantiti yang agak kecil. Contoh perisian yang membangunkan penulisan Jawi ialah Jawi Pro Ofis 2002. Jadi pada kajian ini, saya dan kumpulan projek telah berusaha untuk melaksanakan satu kajian yang bertujuan untuk mengecamkan aksara tulisan jawi yang kurang jelas seperti manuskrip lama atau tulisan tangan kepada imej yang lebih jelas. Beberapa proses telah dilakukan dalam melaksanakan projek ini. Dalam menjayakan teori kajian ini, algorithma yang digunakan adalah berdasarkan kaedah kod rantaian. Selain itu kajian ini menggunakan konsep kejiranan Piksel sebagai satu langkah yang sesuai bagi membaca nilai imej pada piksel tersebut. Diharapkan kajian ini dapat memberikan manfaat kepada semua lapisan masyarakat dan memperkembangkan lagi penulisan jawi ini kepada dunia luar. Semoga kajian pengecaman aksara tulisan jawi yang berimplementasikan bahsa perihalan perkakasan VHDL dapat direalisasikan dengan jayanya seterusnya membuat anjakan paradigma terhadap kemajuan penulisan jawi ini.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2002/2003.
    Uncontrolled Keywords: Implementasi VHDL; Aksara jawi; Konsep kejiranan Piksel
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mohd Zaimi Izwan Kamarunsaman
    Date Deposited: 19 May 2020 01:41
    Last Modified: 19 May 2020 01:41
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10297

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item