Sistem maklumat kenderaan Universiti Malaya (SIMKUM) / Kamariah Idris

Kamariah , Idris (2002) Sistem maklumat kenderaan Universiti Malaya (SIMKUM) / Kamariah Idris. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (16Mb) | Preview

    Abstract

    Proses pembangunan Sistem Maklumat Berasaskan Komputer telah berubah sejak 20 tahun yang lepas. Peningkatan yang dramatik dalam teknologi perkakasan iaitu dari segi memperbaiki kemampuan dan mengurangkan kos telah memperhebatkan dan meninggikan keperluan untuk memperbaiki proses. Oleh itu, saya mencadangkan untuk membangunkan Sistem Maklumat Kenderaan Universiti Malaya (SIMKUM). Sistem ini merupakan satu sistem baru yang akan mempercepatkan dan memudahkan pengurusan maklumat dan pendaftaran kenderaan di Universiti Malaya. Sistem ini juga dibangunkan untuk menggantikan sistem pengurusan lama di mana sistem yang sedia ada sekarang adalah secara manual. Di dalam sistem ini terdapat ciri-ciri menarik yang ditawarkan. Antaranya ialah kemudahan pendaftaran, keselamatan, penyemakan saman, kekonsistenan data dan berbagai-bagai lagi. Selain itu, terdapat modul utama di mana pengguna boleh mencapai mana-mana modul yang mereka kehendaki. Hanya pengguna yang berdaftar atau sah sahaja yang boleh mencapai modul-modul tersebut. Sistem ini menggunakan Model Air Terjun Prototaip sebagai model pembangunan sistem. Senibina Pelayan/Pelanggan Tertier di pilih sebagai senibina pelayan/pelanggan dan Windows NT/2000 sebagai platform. Manakala perisian yang digunakan ialah Visual Basic 6.0, Active Serve Page (ASP) dan Microsoft Access 2000. Sistem ini mempunyai 5 modul utama iaitu Pendaftaran Online, Semak Saman, Senarai Kenderaan, Maklumat dan Pengumuman Laporan ini akan di lampirkan dengan beberapa boring pendaftaran kenderaan, gambarajah dan jadual serta rujukan. Perlaksanaan dan pengujian sistem ini mengikut Model Air Terjun dan prototaip dan jadual kerja sistem ini. Masalah yang timbul seperti kurang pemahaman tentang Bahasa pengaturcaraan dan penukaran antaramuka semasa membangunakan sistem ini segera diatasi dengan bantuan rakan-rakan dan pensyarah.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2002/2003.
    Uncontrolled Keywords: Sistem Maklumat Kenderaan Universiti Malaya; Model Air Terjun; Penukaran antaramuka; Pendaftaran online; Semak saman
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 03 May 2020 02:06
    Last Modified: 03 May 2020 02:06
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10314

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item