Portal hal-ehwal kebajikan pelajar kolej ke-8 / Low Soke Fong

Low, Soke Fong (2003) Portal hal-ehwal kebajikan pelajar kolej ke-8 / Low Soke Fong. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (99Mb) | Preview

    Abstract

    Portal Hal-Ehwal Kebajikan Pelajar Kolej Kediaman ke-8 merupakan satu projek Latihan Ilmiah iaitu satu subjek yang wajib diambil oleh semua pelajar Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat untuk menamatkan pengajian. Subjek ini terbahagi kepada dua iaitu Latihan Ilmiah I yang membawa 4 jam kredit berkisar tentang kajian dan pembangunan awal sistem manakala Latihan Ilmiah II pula membawa 5 jam kredit untuk melakukan proses pengkodan dan pengujian agar sistem dapat disiapkan dengan sempurna. Portal Hal-Ehwal Kebajikan Pelajar Kolej Kediaman ke-8 dibangunkan dengan kerjasama daripada pihak Kolej Kediaman Kinabalu yang merupakan salah satu daripada 14 buah kolej kediaman yang terdapat di Universiti Malaya. Seperti yang diketahui umum, kewujudan teknologi-teknologi canggih dan yang terkini telah menggalakkan pertumbuhan laman-laman web dalam era internet. Kewujudan laman-laman ini adalah bertujuan untuk menyampaikan maklumat kepada para pengguna. Namun begitu ianya tidak menggalakkan budaya perkongsian maklumat dan ilmu. Dengan kewujudan portal maka budaya ini dapat digalakkan. Portal Hal-Ehwal Kebajikan Pelajar Kolej Kediaman Kinabalu yang akan dibangunkan ini bukan sahaja mampu menggalakkan budaya perkongsian masalah kebajikan dan ilmu di kalangan penggunanya terutama para pelajar kolej untuk mendapat kemudahan belajar dan tinggal di kolej ke-8. Secara tidak langsung ianya adalah proses untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya dan berdisiplin. Aplikasi portal ini akan dibangunkan hasil dari gabungan pelbagai teknologi pengaturcaraan web di antaranya ialah seperti ASP (Active Server Pages), JavaScript, VB Script dan HTML (Hypertext Markup Language). Diharap dengan wujudnya portal ini dapat membantu komuniti-komuniti di Kolej Kediaman Kinabalu dalam memperolehi peJbagai maklumat yang berguna dan mempertingkatkan tahap kebajikan pelajar.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2002/2003.
    Uncontrolled Keywords: Portal pelajar; Pengurusan maklumat; Pengurusan data
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mahadie Ab Latif
    Date Deposited: 15 May 2020 04:23
    Last Modified: 15 May 2020 04:23
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10320

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item