Doa-doa / Mariana Mohamed Sam

Mariana, Mohamed Sam (2002) Doa-doa / Mariana Mohamed Sam. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (25Mb) | Preview

    Abstract

    Sejajar dengan perkembangan pesat penggunaan elemen-elemen mutlimedia dalam kehidupan maka 1 pakej multimedia tentang DOA akan dibangunkan yang bertujuan memberi alternatif serta mewarnai pembelajaran secara tidak formal tentang amalan-amalan dalam Islam. Projek pakej DOA ini akan dibangunkan mulai Mac 2001 sehingga September 2001. Sasaran pengguna bagi pakej ini ialah kanak-kanak dan dewasa. Pakej ini mempunyai objektif seperti untuk menarik minat pengguna mempelajari doa, membantu pengguna menghafal doa melalui teknik-teknik tertentu dan membantu pengguna kanak-kanak membaca doa dengan betul. Skop pakej ini iaklah bagi modul kanak-kanak diselitkan elemen animasi, audio dan imej. Teks doa disediakan dalam 2 bentuk iaitu tulisan Jawi dan Rumi disamping terjemahannya. Manakala di modul dewasa, penambahan maklumat selain doa iaitu maklumat seperti ada berdoa, syarat berdoa dan sebagainya. Di dalam laporan ini dibincangkan tentang cadangan-cadangan dan pendekatan-pendekatan yang akan diambil untuk membangunkan pakej DOA ini. Antara yang dibincangkan ialah tentang ulasan literasi yang dilakukan ke atas sistem yang hampir sama dan telah wujud, metodologi-metodologi, perisian multimedia dan kajian ilmiah mengenai multimedia (kepentingan dan penggunaan), kaedah penghafalan doa serta dakwah dan multimedia. Metodologi yang dipilih bagi pembangunan sistem dengan pendekatan konsep Human Computer Interaction (HCI) ialah gabungan 2 metodologi iaitu Model Air Terjun dan Pemprototaipan. Analisa tentang konsep antaramuka pengguna, kebolehgunaan, model Rich Picture menunjukan situasi semasa dan selepas pakej ini dibangunkan bagi pembelajaran doa, model Hierarchical Task Analysis (HTA), model Data Flow Diagram (DFD) dan rekabentuk skrin menggunakan 2 kaedah Pemprototaipan iaitu prototaip pensel kertas (skrin-lakaran) dan prototaip storyboard (skrin-komputer) turut juga dibincangkan. Didalam topik Implementasi dan Pengekodan pula dibincangkan secara ringkas tentang sistem yang dibangunkan dengan menggunakan skrip Lingo. Beberapa faktor juga diberikan penekanan dalam membangunkan sistem ini iaitu kebolehselenggaraan, kebolehpercayaan, kecekapan dan kebolehgunaan. Pengujian-pengujian seperti pengujian atas bawah, pengujian thread dan sebagainya dan juga peringkat-peringkat pengujian antaranya ialah pengujian unit, modul dan fungsian. Langkah-langkah penyelengaraan yang diambil. Masalah serta penyelesaian yang dihadapi sepanjang proses pembangunan sistem DOA turut dibincangkan. Kesimpulan bagi setiap bab dan lampiran yang melibatkan pengekodan serta manual pengguna bagi memudahlan pengguna memahami sistem.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2001/2002.
    Uncontrolled Keywords: Elemen multimedia; Doa; Model Hierarchical Task Analysis (HTA)
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mohd Zaimi Izwan Kamarunsaman
    Date Deposited: 15 May 2020 02:04
    Last Modified: 15 May 2020 02:04
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10396

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item