Tahap pelajaran dan kemajuan kanak-kanak berkait dengan sosio-ekonomi di Kampung Sungai Rusa Daerah Balik Pulau / Ang Meng Lee

Ang, Meng Lee (1986) Tahap pelajaran dan kemajuan kanak-kanak berkait dengan sosio-ekonomi di Kampung Sungai Rusa Daerah Balik Pulau / Ang Meng Lee. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (9Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini merupakan satu kajian kes terhadap 50 sampel penghuni Kampung Sungai Rusa di Daerah Balik Pulau mengenai tahap pelajaran penghuni-penghuni terutamanya pelajaran anak-anak. Penulis mengaitkan tahap pelajaran anak-anak di kampung itu dengan sosio-ekonomi ibu bapa. Kajian ini telah di lakukan di dalam masyarakat Melayu. Tujuan kajian ini adalah seperti berikut: I: Memberi gambaran tentang tahap pelajaran seluruh kampung termasuk ibu bapa dan anak-anak tetapi khususnya ingin mengetahui tahap pelajaran anak. II: Faktor-faktor yang menyebabkan tahap pelajaran anak-anak itu rendah. Terutamanya tinjau dari segi faktor sosio-budaya dan faktor sosio-ekonomi yang sangat mempengaruhi tahap pelajaran anak-anak. III: Meninjau keseluruhan sistem pelajaran kampung itu. IV: Meninjau nilai ibu bapa terhadap pelajaran anak dan juga sikap anak sendiri terhadap pelajaran. Dalam bab pertama, penulis memberikan serba sedikit huraian mengenai tujuan kajian, bidang kajian serta kaedah kajian. Bab 2 menerangkan menganai latarbelakang kampung itu, iaitu menyentuh tentang Kawasan fizikal, lokasi, keluasan dan latar belakang sosio-ekonomi kampung itu. Bab 3 pula menghuraikan konsep-konsep, teori-teori dan definisi yang digunakan dan dijadikan panduan untuk kajian ini. Selain itu, pengkaji juga menunjukan cara ukuran kemiskinan dan teori-teori Pendidikan yang dikemukan oleh John Dewey dab James Mill. Bab 4 ialah mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian dan kemajuan pelajaran. Faktor-faktor yang di huraikan ialah faktor sosio-budaya dan faktor sosio-ekonomi. Faktor sosio-budaya itu ditinjau dari sudut pandangan ibu bapa serta anak-anak. Bab 5 ialah kesimpulan. Pengkaji membuat kesimpulan tentang sistem pelajaran di kampung itu dan meberikan faktor-faktor yang telah mempengaruhi tahap pelajaran di situ. Selain itu, cadangan-cadangan juga telah dikemukakan unutk mengatasi masalah ini.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1985/1986.
    Uncontrolled Keywords: Sosio-ekonomi; Tahap pelajaran; Kanak-kanak; Sosio-budaya; Perbelanjaan isi rumah; Sistem pelajaran
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 23 Sep 2019 03:21
    Last Modified: 20 Feb 2020 05:52
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10452

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item