Perumahan dan perkedaian Johor tumpuan khusus pada peranan oleh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Johor (PKENJ) / Abu Hashim Kentol

Abu Hashim , Kentol (1985) Perumahan dan perkedaian Johor tumpuan khusus pada peranan oleh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Johor (PKENJ) / Abu Hashim Kentol. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (11Mb) | Preview

    Abstract

    Di dalam latihan ilmiah ini, pengkaji mempunyai tujuan untuk menghuraikan kedudukan perumahan/perkedaian di Johor serta peranan yang dimainkan oleh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri dalam usaha mentadbir, merancang keperluan tempat kediaman serta ruang niaga di Johor. Bagi memudahkan penghuraiannya, kajian ini dibahagikan kepada enam bab. Bab pertama memaparkan tujuan kajian, kaedah yang digunakan serta masalah-masalah yang dihadapi oleh pengkaji semasa menjalankan kajian. Bab kedua pula menerangkan kedudukan perumahan/perkedaian di Johor secara amnya. Antara aspek-aspek yang disentuh termasuklah pentadbiran, kewangan serta masalah-masalah yang dihadapi. Perumahan/perkedaian di kawasan bandar terutamanaya Johor Bahru turut dijelaskan menerusi bab ini. Bab ketiga merupakan bab khusus untuk menerangkan kedudukan Perbadanan Kemajuan Ekonomi (PKENJ) sebagai sebuah badan pembangunan yang mempunyai berbagai fungsi penting. Penerangan mengenai sejarah penubuhan, fungsi-fungsinya penting serta matlamanya turut dimasukkan. Bab keempat menghuraikan kedudukan projek-projek perumahan dibawah naungan PKENJ. Bagi memudahkan penelitian dibuat, penerangan mengenainya dibuat peringkat demi peingkat bermula dari awal penubuhan, pentadbiran, prestasi serta masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak perbadanan. Bab kelima merujuk kepada perkara yang hampir sama dengan bab keempat dari segi olehannya tetapi berbeza dari segi perkara pokok yang dihujahkan dimana di bab ini penganalisaan dibuat ke atas projek-projek perkedaian serta peranan-peranan pihak perbadanan. Bab keenam berkisar pada kesimpulan, masalah-masalah serta cadangan-cadangan yang diberikan oleh jabatan dan perbadanan yang berkaitan dengan penyelenggaraan projek perumahan dan perkedaian. Selian dari itu, berdasarkan pemerhatian dan tinjauan cadangan-cadangan juga diajukan oleh pengkaji sendiri berkaitan dengan masalah-masalah yang dihadapi oleh PKENJ.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1984/1985.
    Uncontrolled Keywords: Perbadanan Kemajuan Ekonomi Johor (PKENJ); Perumahan; Projek perumahan; Ruang niaga
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 23 Sep 2019 02:43
    Last Modified: 23 Sep 2019 02:43
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10465

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item