Masyarakat Banjar di dalam konteks perubahan (Tumpuan pada masyarakat Banjar di Sri Gading, Batu Pahat) / Adilah Bakri

Adilah , Bakri (1977) Masyarakat Banjar di dalam konteks perubahan (Tumpuan pada masyarakat Banjar di Sri Gading, Batu Pahat) / Adilah Bakri. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (9Mb) | Preview

    Abstract

    Selama ini kita tela banyal mendengar tentang beberapa masyarakat pendatang yang tinggal di Malaysia. Mereka terdiri daripada penduduk-penduduk di Kepulauan Melayu dan juga daripada tempat lain seperti India, China dan Timur Tengah. Mereka datang pada masa dahulu sebagai pedagang-pedagang atau pun datang untuk membuka penghidupan baru di sini. Setengah daripada mereka telah menjadi konstitues masyarakat Melayu dan setengahnya tidak dapat diterima walaupun telah berassimilasi dan berintegrasi dengan masyarakat Melayu tempatan. Tekanan pada faktor ugama Islam untuk mendefinasikan seseorang sebagai Melayu telah hanya memberi peluang kepada golongan-golongan penduduk seperti orang Banjar, Jawa, Minangkabau, Arab diterima sebagai orang Melayu. Walhal, orang-orang India Chittiar, Baba Melaka tidak diterima. Di dalam kajian ilmiah ini, pengkaji melihat satu masyarakat pendatang iaitu masyarakat Banjar di ladang getah Sri Gading. Mereka telah lama tinggal dikalangan masyarakat Melayu tempatan sehinggalah beberapa ciri kebudayaan tradisi mereka hampir luput. Di dalam bab III akan dibentangkan beberapa ciri budaya tradisi Banjar. Setelah itu, akan cuba ditinjau beberapa ciri yang telah ditinggalkan dan masih diikuti lagi selama ini. Dengan itu, pengkaji mencuba membuat rumusan tentang kebudayaan masyarakat Banjar yang ada sekarang. Di dalam bab IV, akan ditinjau apakah yang menggerakkan mereka untuk berubah kearah kebudayaan masyarakat Melayu tempatan. Di dalam bab akhir iaitu bab V, pengjkaji akan cuba membuat suatu analisa tentang apakah ada kemungkinan kekalnya masyarakat ini dimasa akan datang. Perlu diingat, bahawa kajian di tempat yang kecil ini tidak tentunya menepati keseluruhan penduduk Banjar ditempat lain di Malaysia. Pengkaji hanya cuba melihat segolongan kecil sahaja daripada mereka bagi melihat proses perubahan yang telah dilalui.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1977.
    Uncontrolled Keywords: Masyarakat Banjar; Kepulauan Melayu; Pedagang; Kebudayaan masyarakat
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 20 Sep 2019 01:53
    Last Modified: 20 Sep 2019 01:53
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10474

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item