Voon, Chee Kine (1991) Satu kajian ke atas sebuah persatuan Buddhis di Negeri Sembilan / Voon Chee Kine. Undergraduates thesis, University of Malaya.
| PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree ) Download (13Mb) | Preview |
Abstract
Kajian ini cuba meneliti semua aspek Persatuan Buddhis Wai San Negeri Sembilan. Kajian ini dimulakan di bab 2 dengan membincangkan latar belakang sistem-sistem keagamaan orang-orang Cina dengan tujuan memberikan satu gambaran ringkas kepada pembaca akan kewujudan berbagai-bagai jenis agama yang beperanan penting dalam kehidupan masyarakat Cina. Untuk memulakan penelitian ke dalam persatuan ini, pengkaji akan bermula dari segi sejarah pembentukan dan perkembagan persatuan ini. Ini termasuklah penelitian ke atas sumbangan-sumbangan personaliti-personaliti dan insitusi-institusi yang pernah memajukan persatuan ini. Semua ini dimuatkan di dalam bab 3. Di dalam bab 4 pula, pengkaji memberi diskripsi yang selengkap boleh tentang persatuan ini. Ini termasuk gambaran fizikal, matlamat.matlamat dan mereka yang menghadiri persatuan ini. Di sini pengkaji, turut menghuraikan struktur organisasi dan badan pentadbiran persatuan. Kedudukan kewangan persatuan juga dilihat secara amnya di dalam bab ini. Penghuraian tentang aktiviti-aktiviti semasa yang dikelolakan di persatuan ini dimuatkan di dalam bab 5. Setiap aktiviti ini akan bertindak sebagai asas untuk membuat penilaian pencapaian persatuan ini di bab seterusnya. Di dalam bab 6, pengkaji akan memberi satu pentafsiran tentang masyarakat Buddhis di sini. Ini berdasarkan kepada pemerhatian dan pandangan pengkaji ke aatas persatuan ini dari aspek politik, ekonomi dan sosial. Sebagai kesimpulan, pengkaji akan merumuskan saemua perkara yang telah pengkaji huraikan berdasarkan persepktif pengkaji semata-mata. Pengkaji akan melihat tahap-tahap perkembangan dan pencapaian persatuan ini dalam memberi satu kedudukan persatuan ini di Negeri Sembilan dan dalam konteks sosial yang lebih luas lagi. Selain itu, pengkaji turut memberi penilaian ke atas persefahaman dan kerjasama serta perubahan sosial yang wujud di antara ahli-ahli persatuan dan komuniti di dalamnya. Pengkaji turut membicangkan masalah ketara yang dihadapi oleh persatuan dan memberikan beberapa cadangan untuk kajian persatuan ini. Akhirnya, pengkaji melihat masa depan yang bakal dihadapi oleh persatuan ini.
Item Type: | Thesis ( Undergraduates) |
---|---|
Additional Information: | Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1990/1991. |
Uncontrolled Keywords: | Persatuan Buddhis Wai San; Masyarakat Cina; Buddhis; Struktur organisasi |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BQ Buddhism H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races |
Divisions: | Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology |
Depositing User: | Mr Mohd Safri Tahir |
Date Deposited: | 19 Sep 2019 07:57 |
Last Modified: | 17 Aug 2020 08:13 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10482 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |