Hadiah sastera Melayu berasas web / Mohamed Zakie Shamsuddin

Mohamed Zakie , Shamsuddin (2001) Hadiah sastera Melayu berasas web / Mohamed Zakie Shamsuddin. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (26Mb) | Preview

    Abstract

    Projek Hadiah Sastera Melayu berasas web ini berkisar tentang sumber kesusasteraan Melayu. Projek ini amat bermatlamatkan untuk memartabatkan dunia kesusasteraan Melayu supaya dikenali dan memotivasikan para karyawan di Malaysia Supaya terus bergiat dalam bidang ini. Bermotifkan dengan gabungan 2 bidang berbeza iaitu sastera dan teknologi komputer diharap dapat memberi kesan kepada pengguna dan pembangunan sistem agar kedua-dua bidang dapat bergabung untuk kepentingan masyarakat di Malaysia. Teknologi komputer terus berkembang mengikut peredaran zaman. Peranannya yang meluas banyak memberi manfaat kepada berbagai bidang termasuklah bidang kesusasteraan. Tugasan yang dipikul adalah untuk mewujudkan satu sistem pengkalan data didalam persekitaran Internet dan diberi nama Hadiah Sastera Melayu untuk dunia kesusasteraan di Malaysia. Ia bukanlah hanya memenuhi tuntutan pelajaran sahaja tetapi sebagai satu tanggungjawab ke arah memartabatkan dan meninggikan mutu kesusateraan Melayu di kalangan masyarakat di Malaysia amnya. Bermula dengan perbincangan dan perancangan awal antara pembangun dan penyelia, Hadiah Sastera Melayu terus merentasi kajian literasi dalam memantapkan kefahaman pembangun dalam proses pembinaan dengan mengkaji sistem sedia ada dan mengumpul data-data yang diperlukan. Dalam menempah fasa analisi, pembangun cuba mencari teknik-teknik, perisian yang sesuai dan teknik perancangan yang boleh memantapkan Hadiah Sastera Melayu. Seterusnya Hadiah Sastera Melayu melalui fasa rekabentuk bagi mencorakkan dan melahirkan rekabentuk program, rekabentuk pengkalan data dan rekabentuk antaramuka pengguna. Setelag semua fasa-fasa tadi selesai dijalankan, fasa seterusnya adalah pengaturcaraan yang amat merumitkan dilaksanakan oleh pembangun dan fasa mengujian dilaksanakan apabila siap fasa pengajian sebelum diimplementasikan ke pelayan. Peranan Hadiah Sastera Melayu diharap dapat membantu pengguna dalam pencarian maklumat untuk kegunaan sebagai sumber rujukan dalam pembelajaran dan para pengkaji sastera di Malaysia.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2000/2001.
    Uncontrolled Keywords: Teknologi; Kesusasteraan Melayu; Laman web; Pengurusan maklumat
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mohd Zaimi Izwan Kamarunsaman
    Date Deposited: 10 May 2020 14:48
    Last Modified: 10 May 2020 14:48
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10560

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item