Persatuan sukarela orang Cina – Satu kajian kes Persatuan Keng Chew Negeri Sembilan di Seremban / Chew Chiew Leng

Chew , Chiew Leng (1984) Persatuan sukarela orang Cina – Satu kajian kes Persatuan Keng Chew Negeri Sembilan di Seremban / Chew Chiew Leng. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (16Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini adalah berkenaan dengan salah satu jenis persatuan sukarela orang Cina di Seremban, iaitu persatuan yang berasaskan dialek. Bab pertama menyentuh bidang dan tujuan kajian serta metodologi kajian yang meliputi kerja luar dan cara-cara pengutipan data, sifat soal-selidik dan jenis sampling. Ciri-ciri responden, sumber data tambahan dan amsalah serta kelemahan kajian juga dikemukakan. Satu tinjauan sejarah mengenai masyarakat Cina dan persatuan sukarela mereka akan ditinjau dalam bab kedua. Aspek-aspek masyarakat Cina yang dikaji termasuklah sebab-sebab yang membawa kepada penghijrahan mereka ke rantau ini, pembahagian mereka mengikut kumpulan dialek tertentu dan daerah asal mereka serta demografi, pola pertempuan dan pekerjaan mereka di Malaysia. Asal-usul dan sejarah perkembangan persatuan sukarela serta struktur organisasi persatuan dialek juga akan dikaji. Bab tiga merupakan Analisa data tentang perkembangan Persatuan Keng Chew Negeri Sembilan sebelum tahun 1945, yang diperolehi dari penyelidikan luar. Aspek-aspek yang dikaji ialah latarbelakang sejarah, prinsip penubuhan, objektif, perlembagaan dan peraturan, keahlian dan fungsi persatuan. Keadaan persatuan semasa Perang Dunia Kedua juga ditinjau dalam bab ini.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1983/1984.
    Uncontrolled Keywords: Persatuan Keng Chew; Masyarakat Cina; Persatuan dialek; Peniaga; Pedagang
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 13 Jan 2020 03:44
    Last Modified: 13 Jan 2020 03:44
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10589

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item