Mohd Naharuddin , Abd Aziz (2001) Sistem jadual peepriksaan on-line / Mohd Naharuddin Abd Aziz. Undergraduates thesis, University of Malaya.
Abstract
Sistem jadual peperiksaan secara atas talian adalah satu sistem yang menyampaikan maklumat peperiksaan kepada para pelajar berasaskan web. Sistem ini menyediakan satu cara alternative kepada para pelajar yang selama ini hanya boleh mendapatkan maklumat peperiksaan di papan kenyataan fakulti masing-masing atau di tempat-tempat tertentu. Selain dari itu, sebarang masalah yang dihadapi oleh para pelajar berhubung jadual peperiksaan boleh diadukan di dalam sistem ini kepada pihak pentadbir di mana ianya akan memberikan maklum balas yang cepat dan boleh melakukan tindakan yang lebih awal. Manakala para pensyarah pula boleh membuat tempahan tempat di dewan peperiksaan untuk mengadakan peperiksaan tertentu melalui sistem ini. Kelebihan yang nyata di dalam sistem ini ialah ia memudahkan para pelajar mencapai maklumat ini di mana-mana tempat dan pada bila-bila masa mengikut kesempatan masa pelajar. Dengan adanya sistem ini, diharapkan para pelajar dapat membuat rancangan pengajian dengan lebih baik sebelum mendaftar sesuatu kursus bagi semester yang bakal mereka duduki.
Actions (For repository staff only : Login required)