Sistem underwriting bagi insurans nyawa (SUBINA)/ Mahizan Nani M.Rajet

Mahizan Nani , M.Rajet (2002) Sistem underwriting bagi insurans nyawa (SUBINA)/ Mahizan Nani M.Rajet. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (30Mb) | Preview

    Abstract

    Laporan latihan ilmiah ini adalah sebahagian daripada keperluan untuk ljazah Sarjana Muda Sains Komputer. Laporan ini adalah untuk merekodkan segala kerja dan tindakan yang telah dilakukan sepanjang Latihan llmiah I dan II iaitu bermula dari bab pengenalan sistem, kajian kesauran (literasi) yang dilakukan, metodologi yang digunakan untuk membangunkan sistem, fasa analisa dan rekabentuk sistem, fasa pelaksanaan dan pembangunan, fasa pengujian dan berakhir dengan perbincangan. Sistem yang saya bina adalah "Sistem Underwriting untuk lnsurans Nyawa" atau singkatannya SUBINA. Sistem ini dibangunkan bagi membantu dalam membuat keputusan bagi proses underwriting iaitu membuat keputusan bagi sebarang permohonan insurans nyawa dengan mengaplikasikan konsep case-based reasoning (CBR). la adalah sebuah sistem yang boleh dipertingkatkan dan amat diperlukan terutama dalam perkembangan teknologi maklumat pada masa kini. Case-based Reasoning adalah sejenis cabang dalambidang Kepintaran Buatan yang membantu membuat keputusan berdasarkan kepada idea dengan mencari kes-kes lalu yang paling sesuai atau hampir menyerupai dengan situasi baru bagi membuat keputusan. Sistem SUBINA ini dibina dengan ciri-ciri yang dapat memenuhi keperluan yang diperlukan oleh seorang underwriter untuk membuat keputusan dengan berkesan . Antaranya ialah berkebolehan membantu membuat keputusan terhadap sesuatu permohonan insurans nyawa dengan cepat, perolehan maklumat yang tepat dan mengandungi pangkalan pengetahuan bagi menyimpan kes-kes yang digunakan sebagai rujukan. Sesungguhnya latihan ilmiah ini telah memberikan banyak pengalaman dan pendedahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada dunia pekerjaan sebenar yang bakal dihadapi oleh para pelajar pada masa hadapan. Di samping itu, ia juga boleh mempertingkatkan pengetahuan para pelajar dengan skop industri-industri yang akan diceburi dan seterusnya memberikan peluang kepada mereka untuk mempraktikkan segala ilmu yang diperolehi di universiti semasa menjalani latihan ini. Melaluinya, FSKTM akan dapat menghasilkan graduan-graduan Sains Komputer & Teknologi Maklumat yang lebih berkemampuan dan mempunyai pengalaman bagi memenuhi permintaan tenaga kerja.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2001/2002.
    Uncontrolled Keywords: Case-based reasoning (CBR); Permohonan insuran nyawa; Pengurusan maklumat
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mohd Zaimi Izwan Kamarunsaman
    Date Deposited: 03 May 2020 02:04
    Last Modified: 03 May 2020 02:04
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10618

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item