Parasitology encyclopedia / Edli Rizal Johari

Edli Rizal , Johari (2003) Parasitology encyclopedia / Edli Rizal Johari. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (40Mb) | Preview

    Abstract

    Teknologi yang pesat membangun kini telah sedikit sebanyak telah mengubah cara kehidupan manusia. Diantara perubahan yang dapat dilihat secara ketara ialah perubahan pada aspek pendidikan. Kewujudan dunia elektronik memainkan peranan penting di dalam proses pembelajaran yang merupakan suatu proses penting yang perlu dilalui oleh setiap orang. Dengan sokongan dan kemudahan media-media elektronik, teknik pembelajaran moden kini telah menggantikan cara tradisional seperti buku kepada media-media elektronik yang lebih berkesan, cakera padat contohnya. Teknik penyampaian maklumat yang ditawarkan oleh media elektronik ternyata lebih berkesan dengan kadar interaktif dan multimedia yang mana memudahkan proses penyampaian mahupun pemprosesan maklumat. Ensiklopedia Parasitology merupakan sebuah sistem maklumat multimedia yang dibangunkan bagi memenuhi keperluan kursus Latihan Ilmiah di Universiti Malaya. Latihan Ilmiah I merupakan kertas cadangan bagi sistem yang akan dibina dalam Latihan Ilmiah II kelak. Ia merupakan satu kursus wajib bagi pelajar tahun akhir untuk memenuhi keperluan pengijazahan Sarjana Muda Sains Komputer di Universiti Malaya. Ensiklopedia ini merupakan sebuah ensiklopedia dalam bentuk CD- ROM yang meliputi maklumat mengenai dunia parasit khususnya dari kelas Protozoa. Ia dibangunkan dengan tujuan untuk mempermudahkan teknik pembelajaran disertakan dengan elemen-elemen multimedia interaktif. Maklumat-maklumat yang terkandung di dalam ensiklopedia ini khususnya untuk kegunaan rujukan berterudan. Perisian ini dibangunkan dengan mengunakan beberapa perisian pembangunan sistem yang terkini. Alatan utama yang digunakan ialah Macromedia Director 8.5 dan dibantu oleh perisian perisian lain produk yang dibangunkan. Bagi proses keseluruhan projek ini pendekatan model Air Terjun dan Prototaip dipilih dan di gunakan. Disamping memenuhi kehendak dan keperluan pengguna, sistem ini juga dijangka akan dapat membuka minda pembangun- pembangun sistem khusuhnya di Malaysia untuk menyedari kepentingan sistem seumpama ini dibangunkan. Sistem ini juga adalah satu sumbangan kepada teknologi pendidikan berasaskan teknologi maklumat yang kini sedang pesat membangun.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2002/2003.
    Uncontrolled Keywords: Parasit; Ensiklopedia atas talian; Perisian
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mohd Zaimi Izwan Kamarunsaman
    Date Deposited: 30 Apr 2020 03:56
    Last Modified: 30 Apr 2020 03:56
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10692

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item