Normiha Suraya, Ibrahim (2019) Aplikasi teknik “repetition exercise” oleh Sanford Meisner dalam lakonan: Analisis terhadap lakonan watak utama - Pey arghh! / Normiha Suraya Ibrahim. Masters thesis, University of Malaya.
PDF (The Candidate's Agreement) Restricted to Repository staff only Download (178Kb) | ||
| PDF (Thesis M.A) Download (1443Kb) | Preview |
Abstract
Kajian ini menggunakan teknik latihan dalam lakonan yang diperkenalkan oleh Sanford Meisner, Repetition Exercise, sebagai tunjang kepada pembentukan watak dalam sebuah pementasan teater. Spesifiknya, kajian ini menggunakan tiga siri latihan asas yang diterapkan oleh Meisner iaitu Word Repetition Game, The Pinch and The Ouch dan The Knock on the Door. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengaplikasi tiga siri latihan ini di dalam sesi latihan sebuah pementasan, mengetahui sejauh mana keberkesanan Repetition Exercise ini jika diaplikasikan ke atas pelakon-pelakon teater dalam sesi latihan sesebuah pementasan teater dan menilai kepentingannya dalam membentuk elemen asas seorang pelakon. Hasil kajian ini membuktikan bahawa teknik latihan lakonan ini membenarkan pelakon untuk memainkan watak dengan jayanya menerusi kesan aplikasinya seperti pengaruh kepada minda melalui rangsangan dan respon, kemantapan pembinaan perwatakan watak melalui penciptaan latar belakang cerita, keupayaan mendengar dialog dan memberikan reaksi serta lain lain. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan teater Pey Arghh! Sebagai bahan ujikaji. Ketiga-tiga siri latihan Repetition Exercise diaplikasi ke atas pelakon utama teater Pey Arghh! dan dinilai kepentingannya menerusi elemen asas seorang pelakon iaitu, tubuh, vokal, penjiwaan dan ruang. Secara keseluruhan, teknik Repetition Exercise ini mempunyai kepentingan dalam membina elemen-elemen asas tersebut.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Additional Information: | Dissertation (M.A.) – Cultural Centre, University of Malaya, 2019. |
Uncontrolled Keywords: | Repetition exercise; Sanford Meisner; Elemen asas pelakon; Teknik latihan; Pelakon teater |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > PN1990 Broadcasting |
Divisions: | Cultural Centre |
Depositing User: | Mr Mohd Safri Tahir |
Date Deposited: | 17 Jan 2020 08:32 |
Last Modified: | 18 Jan 2020 10:05 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10798 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |