Awangku Fadzillah , Awangku Kasumajaya (2002) Sistem Informasi Tajaan Pengajian (SITP) / Awangku Fadzillah Awangku Kasumajaya. Undergraduates thesis, University of Malaya.
| PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree) Download (36Mb) | Preview |
Abstract
Projek Ilmiah pada dasarnya adalah ditarifkan sebagai penyediaan projek tesis tahun akhir bagi pelajar Fakulti Sains Komputer Dan Teknologi Maklumat bagi tujuan memenuhi keperluan pengijazahan Sarjana Muda Sains Komputer. Matlamat utama projek ilmiah adalah untuk pelajar mengaplikasikan segala konsep dan skil yang telah dipelajari untuk menghasilkan projek yang benar-benar bermutu tinggi. Bagi tujuan ini saya telah memilih untuk membangunkan sistem yang berasaskan web iaitu Sistem Informasi Tajaan Pengajian (SITP). Sistem SITP ini dibangunkan secara projek berkumpulan. Seramai 3 orang pelajar akan membangunkan projek ini berdasarkan kepada submodul yang telah ditetapkan iaitu permohonan pinjman atas talian, penasihat pelajaR, FAQS, penyemakan penyata kewangan pelajar, serta aplikasi kemudahan lain seperti paparan maklumat penaja dan tajaan, papan notis maya, kalkulator berlanjawan dan undian atas talian. SITP ini diharapkan dapat membantu pihak Unit Pinjaman Dan Biasiswa Bahagaian Hal EHwal Pelajar(HEP) dengan satu sistem sistematik yang mudah digunakan, efisien dan dapat membantu pelajar mencari maklumat terkini yang diperlukan. Oleh kerana SITP merupakan sistem berasaskan weeb, maka aspek keselamatan dan prinsip rekabentuk antaramuka sistem diberikan penekanan dan keutamaan, selaian kualiti dan kauntiiti maklumat yang akan dipaparkan. Ini adalah untuk memastikan bahaawa data sistem ini boleh dipercayai sumbernya serta tidak membebankan pengguna menggunakannya. Projek yang dihasilkan ini benar-benar menguji kemampuan saya sebagai seorang pembangunan sistem. Ia memberikan pendedahan tentang proses pembangunan sistem yang sebenar serta memberi peluang kepada saya untuk mengaplikasikan kefahaman teori amali yang telah dipelajari dalam memantapkan lagi pengetahuan saya dalam bidang pengkomputeran ini.
Item Type: | Thesis ( Undergraduates) |
---|---|
Additional Information: | Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2001/2002. |
Uncontrolled Keywords: | Sistem Informasi Tajaan Pengajian (SITP); Maklumat pelajar; Pengurusan data |
Subjects: | Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software |
Divisions: | Faculty of Computer Science & Information Technology |
Depositing User: | Mr Mohd Zaimi Izwan Kamarunsaman |
Date Deposited: | 03 May 2020 00:31 |
Last Modified: | 03 May 2020 00:31 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10827 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |