Penggunaan sumber elektronik di kalangan pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan Universiti Malaya / Azlina Mohd Yazid

Azlina, Mohd Yazid (2004) Penggunaan sumber elektronik di kalangan pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan Universiti Malaya / Azlina Mohd Yazid. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Thesis M.A)
Download (1400Kb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini meninjau bagaimana pelajar-pelajar di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya menggunakan sumber elektronik yang disediakan oleh pihak universiti kepada mereka. Bagi tujuan tersebut, seramai 101 orang pelajar dari pelbagai jabatan, meliputi pelajar ijazah dasar dan pelajar ijazah lanjutan telah menjawab soal selidik yang disediakan. Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih untuk menggunakan kaedah tinjauan yang menggunakan soal selidik. Penemuan mendapati, seramai 50.5% pelajar paling kerap menggunakan Internet, diikuti dengan 23.2% penggunaan OPAC, 13.4% jurnal elektronik, 8.8% pangkalan data elektronik dan 3.6% CD-ROM ketika mencari maklumat. Data tersebut juga menunjukkan, seramai 57.4% responden mengatakan Internet adalah sumber yang paling tepat menyediakan maklumat kepada mereka. Tujuan mereka menggunakan sumber elektronik adalah untuk menyiapkan tugasan, mendapatkan bahan untuk presentation, menyiapkan disertasi menambah pengetahuan dan lain-lain lagi. Kebanyakan responden yang diselidiki mempelajari menggunakan sumber elektronik daripada kawan-kawan, mencuba dan mengalami kesilapan, belajar sendiri, melalui kursus yang ditawarkan di universiti dan sebagainya. Namun begitu, terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar ketika menggunakan sumber elektronik. Antara masalah tersebut ialah bahan tidak disediakan dalam teks penuh, masa pencarian yang lama, susah atau lambat dihubungkan, server down, masalah bahasa dan lain-lain. Beberapa cadangan telah diutarakan oleh pengkaji bagi mengatasi masalah yang telah dikenal pasti melalui kajian ini. Ini termasuklah cadangan untuk mewajibkan pelajar mengikuti kelas kemahiran maklumat, memantau pengetahuan pelajar, menggalakkan pelajar menggunakan pelbagai sumber elektronik, menyediakan latihan yang secukupnya, mengatasi masalah yang sering dialami oleh pelajar dan memperbanyakkan program kemahiran maklumat.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.A.) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2004.
    Uncontrolled Keywords: Sumber elektronik; Kemahiran maklumat; Perpustakaan elektronik; Sumber rujukan online
    Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z665 Library Science. Information Science
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 20 Jan 2020 08:52
    Last Modified: 20 Jan 2020 08:52
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10830

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item