Sistem Pengurusan Pelajar (Student Administation System-SAS) / Masdianilavati Mohd Jumari

Masdianilavati, Mohd Jumari (2002) Sistem Pengurusan Pelajar (Student Administation System-SAS) / Masdianilavati Mohd Jumari. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (9Mb) | Preview

    Abstract

    Sistem Pengurusan Pelajar berasaskan web untuk pelajar Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat merupakan aplikasi berasaskan web untuk kegunaan kakitangan dan pelajar FSKTM. Projek tesis ini diharapkan dapat membantu operasi, pengurusan dan pentadbiran fakulti. Ia juga diharapkan untuk meneruskan perkembangan maklumat di kalangan komuniti di mana ianya akan memudahkan akses dan capaian kembali maklumat dan juga pencarian maklumat. Dengan internet, maklumat boleh disebarkan dengan cepat, efektif dan efisyen mengatasi rintangan geografi. Tapak web FSKTM telah dibangunkan untuk membekalkan tapak web yang dinamik dengan fungsian untuk melaksanakan pengemaskinian secara atas talian di samping membekalkan maklumat yang diperlukan dan terkini dengan cara mempunyai pangkalan data. Hasilnya, maklumat yang terkini telah ditambah untuk memastikan bahawa yang disampaikan kepada pengguna merupakan maklumat semasa, tepat dan boleh dipercayai. Sebagai fakulti yang akan menghasilkan profesional dalam bidang perkomputeran, pendekatan yang lebih inovatif dan sistematik telah dicipta untuk memperkenalkan tapak web FSKTM. Projek tesis ini akan dibangunkan atas Windows 2000 Professional dan alatan perisian pembangunan yang akan digunakan adalah Active Server Pages (ASP), Internet Information Server (IIS) 5.0, Internet Explorer 5.0 dan juga akan digabungkan dengan Microsoft Acess 2000 sebagai sistem pengurusan pangkalan data. Adalah diharapkan, tapak web FSKTM akan terus dibangunkan secara berterusan pada masa akan datang dengan lebih fungsian yang ditawarkan supaya dapat memenuhi keperluan dan kehendak semua pihak yang semakin bertambah.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2001/2002.
    Uncontrolled Keywords: Student Administation System-SAS; Internet Explorer 5.0; Pencarian maklumat; Sistem terpacu; Komunikasi pangakalan data
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 24 Feb 2020 01:40
    Last Modified: 24 Feb 2020 01:40
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10853

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item