Keluarga Islam: Satu kajian mengenai perkahwinan dan perceraian di Daerah Sabak Bernam, Selangor / Mohd Yusuff Asmawi

Mohd Yusuff , Asmawi (1985) Keluarga Islam: Satu kajian mengenai perkahwinan dan perceraian di Daerah Sabak Bernam, Selangor / Mohd Yusuff Asmawi. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (14Mb) | Preview

    Abstract

    Bab I merupakan bab pengenalan di mana penulis akan membincangkan secara menyeluruh mengenai tujuna kajian, bidang kajian, kaedah yang digunakan untuk mengumpul data dan maklumat, tempat penulis menjalankan kajian dan masalah-masalah yang penulis hadapi semasa melakukan kajian. Bab II pula penulis akan membincangkan konsep hidup berkeluarga menurut Islam. Di sini, Islam yang berpandukan al-quran dan Hadith telah menerangkan bagaimana umat manusia dapat hidup bahagia dalam berkeluarga iaitu mengamalkan sistem kekeluargaan Islam. Penekanan diberikan kepada peranan setiap individu dalam sesebuah keluarga dalam memelihara kestabilan rumahtangga. Bab III penulis akan membincangkan perkahwinan dari perspektif Islam yang merangkumi aspek-aspek definisi perkahwinan hukum perkahwinan, tujuan perkahwinan dan panduan memilih jodoh. Kesemua aspek ini dibincangkan menurut al-quran dan Hadith. Bab IV merupakan perbincangan berkaitan dengan masalah hukum iaitu definasi perceraian, hukum perceraian, perkara-perkara yang boleh menjatuhkan talaq dan akhir sekali penulis membincangkan mengenai salah faham mengenai konsep perceraian dalam Islam. Dalam bab V penulis telah membuat satu kajian luar mengenai perceraian di Daerah Sabak Bernam. Tumpuan kajian ialah melihat apakah faktor-faktor yang menbawa kepada berlakunmya perceraian di kalangan masyarakat di daerah ini. Di samping itu, penulis juga membuat penilaian terhadap kadar perceraian yang berlaku di daerah ini berdasarkan data-data yang diperoleh. Dalam bab VI iaitu kesimpulan, penulis cuba menyimpulkan perbincangan-perbincangan dari bab sebelumnya. Penulis membuat kesimpulan bahawa perpecahan rumahtangga yang berlaku di kalangan masyarakat Islam ialah kerana individu-individu dalam rumahtangga sudah tidak memainkan peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya seperti yang tercatat dalam al-Quran dan Hadith. Di samping itu, penulis juga memberi saranan-saranan ke arah usaha mengurangkan kadar perceraian di kalangan masyarakat.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1984/1985.
    Uncontrolled Keywords: Keluarga Islam; Perkahwinan; Perceraian; Konsep hidup Islam
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 20 Feb 2020 08:23
    Last Modified: 20 Feb 2020 08:23
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10854

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item