Pembentukan keluarga Melayu: Kajian kes Kampung Pengkalan Keriang, Mukim Lepai, Alor Setar, Kedah / Rusni Ahmad

Rusni , Ahmad (1992) Pembentukan keluarga Melayu: Kajian kes Kampung Pengkalan Keriang, Mukim Lepai, Alor Setar, Kedah / Rusni Ahmad. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (6Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini bertujuan untuk menganalisa tentang pembentukan keluarga Melayu di kawasan luar bandar dengan tumpuan khas kepada masyarakat Melayu di Kampung Pengkalan Keriang, Mukim Lepai, Alor Setar, Kedah. Dalam menjalankan kajian ini, kaedah temubual digunakan iaitu dengan cara menemubula responden secara langsung. Terdapat beberapa masalah yang dihadapi ketika membuat kajian ini seperti keengganan beberapa orang responden untuk bekerja sama dengan cara cuba mengelakkan dari menjawab soalan yang sensitif. Sungguhpun demikian, kebanyakkan masalah ini dapat diatasi dengan memujuk dan memberi penerangan yang dapat memuaskan hati mereka. Di bab pertama juga diterangkan tentang tempat kajian dari segi ekonomi penduduknya, infrastruktur kampung dan politik penduduk di situ. Penjelasan tentang konsep keluarga, pembentukan keluarga dan konsep perkahwinan juga diberikan. Di bab kedua dibincangkan tentang proses pembentukan keluarga yang dimulai dengan pemilihan pasangan. Pengaruh hidup moden menyebabkan pemilihan pasangan dibuat sendiri oleh mereka yang hendak berkahwin. Namun begitu, ada setengahnya yang masih meletakkan hal pemilihan pasangannya juga dihuraikan daripada adat merisik sehinggalah pasangan diijabkabulkan. Dalam bab ketiga dibincangkan tentang bentuk-bentuk keluarga yang wujud di kampung kajian. Kemudiannya diberikan huraian tentang hubungan antara anggota keluarga seperti hubungan suami dan isteri, hubungan antara bapa dan anak, hubungan ibu dan anak dan hubungan menantu dan mertua serta hubungan cucu dan datuk dan nenek. Bab keempat membincangkan tentang perceraian dan faktor-faktornya. Bab kelima menerangkan tentang lingkungan saudara mara di kalangan keluarga Melayu di kampung pengkalan keriang termasuklah saudara dekat, saudara jauh dan saudara angkat. Kajian mengamalkan prinsip keturunan kognatik, jadi susurgalur keturunan mereka diberikan serta istilah-istilahnya yang digunakan untuk setiap individu yang ada hubungan kekeluargaan dengan seseorang itu. Akhir sekali diberikan kesimpulan tentang keseluruhan yang terkandung dalam latihan ilmiah.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1991/1992.
    Uncontrolled Keywords: Keluarga Melayu; Keturunan kognatik; Susurgalur keturunan; Pengaruh hidup moden
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 05 Feb 2020 00:57
    Last Modified: 05 Feb 2020 00:57
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10953

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item