Sistem pakar pemilihan kereta terpakai / Nur Fisya Mahmad

Nur Fisya, Mahmad (2004) Sistem pakar pemilihan kereta terpakai / Nur Fisya Mahmad. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (36Mb) | Preview

    Abstract

    Sistem Pakar Pemilihan Kereta Terpakai merupakan sistem pakar berasaskan 'stand alone' yang berfungsi untuk membantu penggunanya untuk memilih kereta terpakai yang sesiao dengan mereka, iaitu dengan memberikan nasihat berunsurkan cadangan kepada penggunanya.Sistem pakar ini mengkehendaki pengguna untuk menjawab beberapa soalan yang berkaitan dengan ciri-ciri yang perlu dipertimbangkan untuk memilih kereta terpakai yang sesuai. Input ini akan dilakukan proses penaaklukan dan akhirnya pengguna akan mendapat output yang berbentuk senarai cadangan. Sistem pakar ini akan digunakan oleh dua golongan pengguna iaitu pengguna umum persendirian atau berkumpulan dan wakil jualan pusat-pusat jualaan kereta terpakai, dimana wakil jualan ini boleh menggunakan sistem ini sebagai alat bantu sera bahan rujukan mereka.. Sistem Pakar Kereta Terpakai akan dibangunkan menggunakan perisian Visual Prolog serta menggunakan pengoperasian Windows 98. Merodologi pembagunan yang digunakan adalah Kejuteraan Pengetahuan. Sistem Pakar Pemilihan Kereta Terpakai akan dibahagikan kepada dua menu di mana menu utama adalah Tanya Pakar, manakala menu tambahan iaitu menu Loan Calculator. Menu Tanya Pakar adalah nadi, kepada sistem pakar ini dimana fungsinya adalah untuk bertanyakan soalan, lakukan proses penaakulan dan memaparkan cadangan, manakal menu Loan Calculator adalah sekadar menu tambahan yang menyenaraikan alamat laman web yang menyediakan pengiraan pinjaman. Daripada cadangan yang dikeluarkan, pengguna boleh mendapatkan kemudahan penerangan untuk mengetahui mengapa cadangan tersebut sesuai untuk mereka serta kemudahan untuk mendapatkan maklumat lengkap kereta.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2003/2004.
    Uncontrolled Keywords: sistem kereta terpakai; Pengumpulan maklumat; Perisian Visual Prolog
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mohd Zaimi Izwan Kamarunsaman
    Date Deposited: 21 Apr 2020 02:21
    Last Modified: 21 Apr 2020 02:21
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/11014

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item