Pakej Pembelajaran Interaktif Kursus "Sistem Pengendalian Pengurusan Pemprosesan" / Serina Kamsani

Serina, Kamsani (2003) Pakej Pembelajaran Interaktif Kursus "Sistem Pengendalian Pengurusan Pemprosesan" / Serina Kamsani. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (30Mb) | Preview

    Abstract

    Metodologi pembelajaran yang konvensional semakin kurang praktikal di dalam menyampaikan isi pengajaran yang sebenar di dalam pembelajaran di alaf baru ini terutamanya bagi subjek-subjek atau topik-topik yang berbentuk teknikal seperti 'Sistem Pengendalian'. Kertas kerja ini menerangkan tentang perancangan pembangunan sebuah projek bernama Pakej Pembelajaran Interaktif 'Sistem Pengendalian - Pengurusan Pemprosesan', yang berobjektifkan pembangunan sebuah sistem multimedia pintar yang boleh digunakan sebagai bahan pengajaran serta pembelajaran di Fakulti Sains Komputer, Universiti Malaya. Sistem ini boleh membantu para pensyarah di universiti untuk mempraktikkan pengajaran yang lebih efektif untuk kursus WXES 1110, Sistem Pengendalian, bagi topik Pengurusan Pemprosesan" ini Pakej Pembelajaran Interaktif Sistem Pengendalian - Pengurusan Pemprosesan" ini akan mengandungi ciri-ciri interaktif yang akan dapat menarik minat pelajar serta membantu pemahaman mereka ke atas topik yang diajar. Dibangunkan menggunakan 'authoring tool Macromedia Flash MX yang memerlukan pengaturcaraan bahasa Actionsript'(hampir serupa dengan Javascript, Pakej yang dihasilkan melului projek ini akan disimpan dalam bentuk CD-ROM yang mengandungi nota-nota syarahan (mini-lectures), contoh-contoh serta soalan-soalan tutorial ringkas yang interaktif.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2003.
    Uncontrolled Keywords: Pakej Pembelajaran Interaktif; Pengurusan Pemprosesan
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mahadie Ab Latif
    Date Deposited: 27 Feb 2020 04:41
    Last Modified: 27 Feb 2020 04:41
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/11029

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item