Aidilezan , Abu Samah (2003) Sistem Bank Soalan Peperiksaan / Aidilezan Abu Samah. Undergraduates thesis, University of Malaya.
| PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree) Download (30Mb) | Preview |
Abstract
Peperiksaan akhir semester bagi para pelajar merupakan medan terakhir yang akan menunjukkan pencapaian mereka dalam subjek-subjek yang diambil pada semester tersebut. Apabila pelajar kurang bersedia untuk mengambil peperiksaan ia akan membawa kesan yan buruk. Namun, ini dapat diatasi apabila para pelajar membuat persediaan lebih awal dan salah satu daripada caranya adalah dengan mengulangkaji dan menganalisis soalan-soalan peperiksaan yang lepas. Akan tetapi, disini timbul pula masalah iaitu bagaimana untuk mendapatkan soalan-soalan peperiksaan yang lepas tersebut. Sistem Bank Soalan Peperiksaan ini dibangunkan untuk mmemudahkan para pelajar dan pensyarah untuk mendapatkan soalan-soalan peperiksaan yang lepas dengan lebih mudah, pantas dan sistematik. Selain daripada dapat membaca, memuat-turun dan mencetak soalan-soalan peperiksaan tersebut, sistem ini juga membolehkan para pengguna untuk saling berbincang melalui perkhidmatan papan perbincangan yang disediakan.Sistem yang dibangunkan ini adalah disasarkan bagi kegunaan para pelajar dan pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat daripada Jabatan Sistem dan Rangkaian. Soalan-soalan peperiksaan adalah merangkumi soalan yang terkandung di dalam Kursus Teras Jabatan bagi Jabatan Sistem dan Rangkaian Komputer sahaja. Bagi mendapatkan maklumat dan rujukan dalam proses pembangunan sistem ini, kajaian literasi telah dijalankan. Didalam bab 2 ini, segala maklumat yang berkaitan dengan sistem , akan dicari iaitu seperti melalui internet, buku-buku rujukan, dan kajian terhadap sistem sedia ada yang seakan-akan sama dengan sistem yang hendak dibangunkan. Kajian juga meliputi perisian-perisian yang akan digunakan didalam sistem seperti ASP(Active Server Pages), VB Script, Microsoft Front page dan Microsoft Visual Interdev. Model pembangunan sistem yang digunakan bagi Sistem Bank Soalan Peperiksaan ini adalah Model Air Terjun Dengan Prototaip. Model ini mudah untuk diaplikasikan dan membolehkan proses pembangunan sistem berjalan dengan lancar serta disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Rekabentuk sistem yang cuba untuk dicapai adalah ringkas, menarik, mudah digunakan dan sistematik. Sistem direkabentuk mengikut kesesuaian keperluan pengguna dimana apa yang penting adalah maklumat yang ingin disampaikan. Akan tetapi, ciri-ciri lain juga dititik beratkan.Sistem Bank Soalan Peperiksaan ini merupakan sistem yang diharap mengurangkan beban para pelajar dalam usaha untuk mendapatkan soalan-soalan peperiksaan yang lepas. Maka, dengan itu diharapa kejayaan sistem ini akan dapat mempertingkatkan lagi pencapaian para pelajar serta menguatkan lagi semangat dan keyakinan mereka untuk mengambil peperiksaan. Semoga sistem ini dapat memberi sumbangan dan manfaat kepada semua pihak, Insya Allah.
Item Type: | Thesis ( Undergraduates) |
---|---|
Additional Information: | Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2002/2003. |
Uncontrolled Keywords: | Sistem peperiksaan; Bank soalan; Pengurusan maklumat |
Subjects: | Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software |
Divisions: | Faculty of Computer Science & Information Technology |
Depositing User: | Mr Mohd Zaimi Izwan Kamarunsaman |
Date Deposited: | 30 Mar 2020 13:24 |
Last Modified: | 30 Mar 2020 13:24 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/11105 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |