Tempat sejarah Islam utama (TSIU) / Faznita Baharun

Faznita, Baharun (2002) Tempat sejarah Islam utama (TSIU) / Faznita Baharun. Undergraduates thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (10Mb) | Preview

    Abstract

    Pakej Tempat Sejarah Islam Utama ini merupakan satu pakej informasi multimedia. Corak penyampaian pakej ini disesuaikan mengikut penerimaan pengguna sasarannya iaitu pengguna peringkat dewasa, Pakej informasi ini dapat memberikan satu pendekatan baru dalam menyampaikan maklumat kepada pengguna. Dengan memuatkan elemen-elemen multimedia serta menggunakan konsep interaktif, pakej ini dapat memberikan satu alternatif kepada corak penyampaian maklumat yang lebih baik, Projek bagi pakej ini bermula pada 12/3/2001 dan berakhir pada 8/5/2001 bagi tahap 1 dan disambung sehingga 31/8/2001 bagi tahap 2. Pakej Tempat Sejarah Utama ini mengandungi 4 modul utama iaitu Tempat Sejarah yang mempunyai 3 sub modul iaitu Mekah, Madinah dan Baitul Maqdis, Sub modul Mekah mempunyai 6 unit iaitu Ka'abah, Maqam Ibrahim, Hajar As wad, Telaga Zam-Zam, Hijr Ismail dan Rukun Yamani. Sub modul Madinah mempunyai 6 unit iaitu Sejarah Kota Madinah, Masjid Nabawi, Raudhah, Maqam Rasulullah, Perkuburan Baqi' dan Tempat-Tempat Bersejarah, Sub modul Baitul Maqdis mempunyai 3 unit iaitu Sejarah Baitul Maqdis, Masjidil Aqsa dan Kubah Batu. Modul Tahukah Anda mempunyai 2 sub modul iaitu Siri 1 dan Siri 2, modul Aktiviti Minda mempunyai 3 sub modul iaitu kuiz 1, kuiz 2 dan kuiz 3 dan modul Koleksi Gambar mempunyai 3 sub modul iaitu koleksi gambar Mekah, Madinah dan Baitul Maqdis. Objektif utama pakej ini adalah untuk menyampaikan informasi berhubung dengan 3 tempat sejarah islam utama iaitu Kota Mekah, Kota Madinah dan Baitul Maqdis dalam pelbagai bentuk teknik multimedia secara berkesan dengan menggunakan kaedah pemprototaipan dan Konsep Interaksi Manusia Komputer(HCI) sebagai metodologi pembangunan pakej ini. Pakej ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Macromedia Director 8 dan media lain bagi membina dan mengedit objek-objek multimedia.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, Universiti Malaya, 2002.
    Uncontrolled Keywords: Pakej informasi multimedia; Tempat sejarah Islam; Konsep interaktif
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mahadie Ab Latif
    Date Deposited: 09 Mar 2020 08:41
    Last Modified: 16 Jun 2022 03:56
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/11107

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item