Sabri , Mohd Noh (1980) Penghijrahan belia luar bandar ke bandar (Tumpuan khusus kepada belia Kampung Mesapol. Sipitang, Sabah) / Sabri Mohd Noh. Undergraduates thesis, University of Malaya.
| PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree ) Download (13Mb) | Preview |
Abstract
Penghijrahan merupakan gelaja sosial yang begitu jelas berlaku di negara-negara membangun. Ianya satu proses yang berterusan bersama-sama dengan proses pembangunan yang lain dalam usaha untuk mencapai kamajuan di negara-negara tersebut. Penghijrahan penduduk luar bandar ke bandar merupakan fenomena sosial yang tidak dapat dielakkan. Sebagai sebuah negara yang membangun, Malaysia juga mengalami fenomena yang sama. Penghijrahan penduduk luar bandar ke bandar di negara ini meliputi semua negeri. Ini juga telah mengakibatkan penumpuan penduduk ke kawasan-kawasan tertentu khusunya psuat-pusat bandar. Fenomena yang sama juga berlaku di Sabah. Ramai penduduk di kawasan-kawasan luar bandar telah berhijrah ke pusat-pusat bandar dan kebanyakkannya dari golonga belia. Kajian kes ini memberi tumpuan khusus kepada belia Kampung Mesapol yang telah berhijrah ke psuat-pusat bandar yang terdapat di Sabah. Tumpuan perbincangan ialah dalam soal-soal seperti bagaimana proses penghijrahan itu berlaku, faktor-faktor pendorong dan implikasinya kepada struktur sosial di kampung dan kepada para penghijrah itu sendiri. Ini di hubungkan juga dengan aspek-aspek seperti umur, latar belakang keluarga, pelajaran, pekerjaan dan pengaruh-pengaruh sosial yang terdapat di bandar. Di samping itu, dibincangkan juga kehidupan belia penghijrah itu di bandar. Akhir sekali, kajian ini membuat analisa terhadap fenomena penghijrahan belia itu dan menghubungkannya dengan beberapa teori penghijrahan.
Item Type: | Thesis ( Undergraduates) |
---|---|
Additional Information: | Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1979/1980. |
Uncontrolled Keywords: | Penghijrahan belia; Luar bandar; Bandar; Pembangunan; Kemajuan |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform |
Divisions: | Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology |
Depositing User: | Mr Mohd Safri Tahir |
Date Deposited: | 26 Mar 2020 10:40 |
Last Modified: | 26 Mar 2020 10:40 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/11119 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |