Perubahan sosial ke atas penduduk sekitar Pekan Kerteh, Terengganu akibat industri petroleum / Sarimah Mohammed Nor

Sarimah , Mohammed Nor (1988) Perubahan sosial ke atas penduduk sekitar Pekan Kerteh, Terengganu akibat industri petroleum / Sarimah Mohammed Nor. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (16Mb) | Preview

    Abstract

    Dalam latihan ilmiah ini, tumpuan kajian penulis ialah terhadap perubahan-perubahan sosiao yang berlaku ke atas penduduk sekitar Pekan Kerteh, Terengganu akibat dari pembinaan psuat-pusat perindustrian berasaskan petroleum di sini. Dalam bab I, penulis menghuraikan secara ringkas latar belakang kajian ilimah iaitu meliputi aspek-aspek tujuan kajian, bidang dan kepentingan kajian dijalankan. Dihuraikan juga metodologi yang digunakan sewaktu menjalankan kajian serta masalah-masalah yang timbul semasa menjalankan kajian. Bab II pula mengandungi penjelasan mengenai teori-teori dan konsep-konsep yang akan digunakan di dalam perbincangan kajian ini seterusnya. Bab III penulis cuba membincangkan mengenai latar belakang tempat kajian dan sistem pentadbiran kampung Pekan Kerteh. Latar belakang ini termasuklah dari segi sejarah dan geografinya. Dalam bab ini juga, membincangkan soal-soal kemudahan asas yang disediakan oleh pihak kerajaan di kampung ini. Di samping itu, bab ini juga dimuatkan mengenai latar belakang Petronas dan projek-projek perindustrian berasaskan petroleumnya yang didirikan di kawasan Kerteh. Akhirnya, penulis membincangkan tentang proses perpindahan yang berlaku di kawasan kajian dan aspek pengagihan tanah kerajaan kepada penduduk kampung. Bab IV pula penulis menumpukan kepada aspek latar belakang responden dan struktur sosial masyarakat. Struktur sosial meliputi institusi-institusi sosial seperti kekeluargaan. Di samping itu, bab ini juga membincangkan tentang penglibatan responden dalam persatuan serta aspek-aspek pendidikan formal yang di terima oleh responden dan anak-anaknya. Bab V merupakan pusat kajian. Dalam bab ini, penulis melihat segala aspek yang dihadapi mengalami perubahan pesat akibat kepesatan proses perindustrian dan pemodenan di kawasan Kerteh ini. Penulis telah menyentuh soal perubahan yang berlaku terhadap kekeluargaan dan hubungan kemasyarakatan. Peribahan jelas berlaku ke atas sistem keluarga itu sendiri dan fungsi keluarga dari segi ekonomi juga telah berubah. Akibat kepesatan proses perindustrian menyebabkan berlaku perubahan dalam aspek pekerjaan iaitu tidak lagi terhad kepada kegiatan menangkap ikan dan pertanian sahaja. Perubahan pekerjaan juga menyebabkan berlaku perubahan dalam pendapatan dan seterusnya mempengaruhi pola pemilikan hartanya. Akibat kemajuan di bidang komunikasi dan media massa menyebabkan orang ramai mulai mengetahui kepentingan sistem ‘banking’, seterusnya merubah sikap dan nilai yang lama. Perubahan sikap ini jepas kelihatan berlaku ke atas cara-cara mendapatkan rawatan. Akhirnya penulis cuba membincangkan mengenai aspek konflik yang berlaku dalam masyarakat. Kesimpulannya, konflik yang berlaku adalah bercorak ‘latern’ iaitu dalaman sahaja. Bab VI, penulis membincangkan tentang kesimpulan dan rumusan yang dapat dibuat hasil dari kajian yang dijalankan. Di sini, penulis cuba membuktikan kebenaran hipotesis dan teori yang dikemukakan di awal kajian.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1987/1988.
    Uncontrolled Keywords: Industri petroleum; Pekan Kerteh; Ekonomi; Komunikasi; Sosial
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 21 May 2020 07:41
    Last Modified: 21 May 2020 07:41
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/11176

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item