Mohammad Hafiz, Alwi (2004) Thinking and communications skills / Mohammad Hafiz Alwi. Undergraduates thesis, University of Malaya.
Abstract
Sistem pengurusan kursus GXEX 1406, Thinking and Communication Skills, dibangunkan dengan tujuan memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran bagi kursus tersebut. Dengan terbangunnya sistem ini nanti, semua pelajar dan pensyarah yang terlibat dengan kursus ini akan dapat menikmati kemudahan-kemudahan yang disediakan seterusnya mencapai objektif kursus tersebut. Sistem ini akan memaparkan maklumat-maklumat seperti silibus kursus, pengumuman-pengumuman dan tugasan bagi kursus GXEX 1406. Selain itu, sistem ini akan membolehkan pensyarah menaikkan nota kuliah supaya dapat dimuat turun oleh para pelajar. Sistem ini juga akan membolehkan para pelajar menghantar e-mail kepada pensyarah-pensyarah. Pelajar boleh menggunakan kemudahan ini untuk mengatur temujanji dengan pensyarah, bertanyakan sesuatu dan sebagainya. Para pelajar dan pen yarah juga boleh menyertai perbincangan menggunakan sistem ini melalui kemudahan discussion board yang disediakan. Diharapkan agar sistem ini akan dapat memberi manfaat yang sepenuhnya kepada semua pelajar dan pensyarah kursus GXEX 1406, Thinking and Communication Skills.
Actions (For repository staff only : Login required)