Belajar secara saradiri: Kajian kes pelajar Malaysia di Tokyo, Jepun / Chew Pang Kim

Chew , Pang Kim (1992) Belajar secara saradiri: Kajian kes pelajar Malaysia di Tokyo, Jepun / Chew Pang Kim. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (16Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini adalah mengenai penuntut Malaysia yang belajar secara saradiri di Jepun. Pergerakan pelajar saradiri ke Jepun secara besar-besaran disifatkan sebagai satu fenomena baharu. Mereka berlumba-lumba masuk ke negara Jepun dengan motif dan matlamat yang tersendiri. Kini, negara Jepun telah menjadi salah satu negara pilihan utama bagi pelajar Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran di luar negeri. Isu-isu yang bersabit dengan kehidupan pelajar asing di Jepun banyak diperbincangkan dalam akhbar tempatan seperti masalah komunikasi, tekanan hidup, masalah kewangan, perlakuan devian dan sebagainya. Oleh itu, kajian ini bertujuan hendak mencari faktor-faktor penarik dan penolak pergerakan ini, proses penyesuaian hidup pelajar saradiri di Jepun serta masalah yang berbangkit di kalangan pelajar Malaysia yang berada di sana. Penulisan ini dibahagikan kepada VI bab. Bab I membincangkan tujuan kajian, skop kajian, metode penyelidikan , masalah yang dihadapi dan konsep-konsep utama juga sistem pendidikan Jepun terutamanya polisi kerajaan Jepun terhadap pelajar asing serta syarat dan kelayakan kemasukan ke institusi pengajian tinggi Jepun. Bab III membincangkan mengenai latar belakang pelajar Malaysia yang saradiri di Jepun dan menganalisis faktor-faktor penolak dan penarik yang menyebabkan pergerakan ini, bab IV meneliti keadaan belajar sambil bekerja dengan tumpuan kepada keadaan “arubaito” (kerja sampingan), pola pendapatan dan hubungan dengan majikan. Bab V membincangkan keadaan kehidupan di Jepun, pola perbelanjaan dan sumber kewangan, interaksi sosial serta masalah-masalah yang dihadapi dan kehidupan sosial di Jepun. Bab VI merupakan rumusan kajian dan cadangan yang lebih menumpu kepada perkhidmatan kebajikan pelajar Malaysia yang belajar secara saradiri.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1991/1992.
    Uncontrolled Keywords: Pelajar Malaysia; Saradiri; Jepun; Institusi pengajian tinggi Jepun; Kerja sampingan
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 05 Jun 2020 05:10
    Last Modified: 05 Jun 2020 05:10
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/11247

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item