Suraiya , Syed Mohamed (1989) Mak Nyah / Suraiya Syed Mohamed. Undergraduates thesis, University of Malaya.
| PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree ) Download (9Mb) | Preview |
Abstract
Latihan ilmiah ini cuba mengupas persoalan golongan Mak Nyah (transeksual) yang dianggap oleh masyarakat telah melakukan suatu penyelewengan seksual dan juga pelakuan devian. Mungkinkah kerana sikap dan reaksi masyarakat itu sendiri yang menyebabkan timbulnya masalah tersebut? Adakah perkara ini harus disingkirkan, digalakan atau dibiarkan begitu sahaja? Bagi menjawab persoalan-persoalan semacam ini dan mungkin beribu lagi persoalan lain, pengkaji telah memuatkan hasil kajiannya dalam lima bab yang merangkumi perkara-perkara berikut. Bab pertama merupakan bab pengenalan menyentuh serba sedikit mengenai tujuan kajian, bidang kajian dan kepentingan kajian. Seterusnya disentuh mengenai cara data-data dikumpulkan dan masalah-masalah yang timbul semasa melakukan kajian. Bab kedua dimulai dengan menajwab soalan, siapa itu Mak Nyah? Ini kemudiannya disusuli dengan perbezaan antara transeksual, transvestit dan homoseksual. Pengkaji meneruskan lagi dengan membincangkan teori-teori yang berkaitan dengan Mak Nyah, pembentukan identiti Mak Nyah dan pembelaan tukar jantina di kalangan mereka. Bab ketiga cuba menyingkap latar belakang sosio-ekonomi golongan Mak Nyah di mana ianya meliputi jantina semasa mereka dilahirkan, umur, kumpulan etnik, pengalaman semasa kanak-kanak, berpakaian silangan dan kesedaran transeksualisme serta sikap keluarga mengenai kedua-dua perkara tersebut. Pengkaji kemudiannya menyentuh mengenai tingkahlaku seksual, hobi, tingkat pencapaian pendidikan, pekerjaan, pendapatan dan perbelanjaan Mak Nyah. Dalam bab keempat, pengkaji membincangkan mengenai pengkategorian lelaki-perempuan, transeksualism mengikut kaca mata Islam, pendapat tentang fatwa yang melarang penukaran jantina, masalah dan penyelesaian masalah golongan Mak Nyah ini. Bab kelima merupakan bab kesimpulan di mana pengkaji merumuskan masalah Mak Nyah dengan disertakan sekali pandangan pengkaji mengenainya.
Item Type: | Thesis ( Undergraduates) |
---|---|
Additional Information: | Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1988/1989. |
Uncontrolled Keywords: | Mak Nyah; Transeksual; Tukar jantina; Berpakaian silangan; Keluarga |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races |
Divisions: | Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology |
Depositing User: | Mr Mohd Safri Tahir |
Date Deposited: | 05 Jun 2020 05:03 |
Last Modified: | 05 Jun 2020 05:03 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/11250 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |