E-Persatuan / Norahizan Ibrahim

Norahizan , Ibrahim (2002) E-Persatuan / Norahizan Ibrahim. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (8Mb) | Preview

    Abstract

    Sistem e-Persatuan adalah sebuah sistem yang memberikan kemudahan kepada pengguna yang berminat untuk menjadi ahli bagi sesuatu persatuan supaya dapat mendaftar menjadi ahli persatuan terbabit tanpa perlu lagi beratur atau pergi ke tempat pendaftaran untuk mendaftarkan diri. Ahli yang sudah berdaftar akan memasukkan id dan katalaluan untuk mencapai bahagian-bahagian yang dikhaskan untuk ahli persatuan sahaja. Id dan katalaluan ini boleh ditukar oleh pengguna dari semasa ke semasa. Ahli yang sudah berdaftaar juga diberi kemudahan untuk membuat tempahan bagi sesuatu aktiviti yang bakal diadakan terutamanya bagi aktiviti yang mempunyai had penyertaan. Selain itu, pihak pentadbiran juga turut mendapat kebaikan dengan menggunakan sistem ini di mana ia membantu pihak pentadbiran persatuan supaya dapat menguruskan data-data ahli dengan lebih tersusun dan efisyen. Pihak pentadbir yang berdaftar sahaja yang akan dibenarkan untuk mencapai data-data sulit ahli atas sebab-sebab keselamatan. Pentadbir boleh mengemaskini web, data-data ahli, aktiviti semasa dan menukar katalaluan yang sedia ada untuk keselesaan. Hanya terdapat seorang sahaja atau beberapa orang yang bertanggungjawab mengguruskan persatuan keseluruhannya untuk menambah atau membuang pentadbir. Sepanjang pembangunan sistem ini, metodologi Air Terjun telah digunakan untuk memberikan panduan dan peraturan supaya sistem yang dibangunkan ini akan berjaya di masa hadapan. Di samping itu, perlbagai alatan pembangunan sistem yang akan digunakan turut disenaraikan dalam laporan ini.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2001/2002.
    Uncontrolled Keywords: Sistem e-Persatuan; Ahli; Pendaftaran; Pentadbir; Data sulit
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 02 Sep 2020 02:04
    Last Modified: 02 Sep 2020 02:04
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/11273

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item