Mok , Mei Ling (1994) Kemurungan di kalangan remaja dan hubungannya dengan cara membesarkan anak / Mok Mei Ling. Undergraduates thesis, University of Malaya.
Abstract
Tumpuan utama kajian ini adalah untuk melihat sama ada kemurungan mempunyai kena mengena dengan cara membesarkan anak atau tidak. Melalui kajian ini beberapa keputusan yang lain akan diperolehi. Salah satu daripadanya adalah sama ada kemurungan wujud di kalangan remaja Malaysia dan adakah terdapatnya perbezaan dalam kadar kemurungan antara umur dan jantina yang berlainan. Kadar kemurungan akan diukur dengan menggunakan soal selidik CDI oleh Kovacs (1979). Cara membesarkan anak pula akan menggunakan soal selidik PBI oleh Parker (1978). PBI membahagikan cara membesarkan anak kepada dua iaitu sifat mengawal ibubapa dan sifat kasih sayang ibubapa. Dalam menilai persepsi anak terhadap sifat ibubapa, kajian ini juga akan melihat sama ada remaja lelaki-perempuan dan remaja 13-16 tahun mempunyai cara yang berbeza semasa mempersepsikan sifat mengawal atau sifat kasih sayang ibubapa. Keputusan kajian mendapati remaja Malaysia turut mengalami kemurungan tapi tiada perbezaan dari segi umur dan jantina. Kemurungan juga didapati berhubung kait dengan cara membesarkan anak. Selain daripada itu, persepsi anak remaja terhadap sifat penyayang dan mengawal ibubapa dari segi umur dan jantina tidak banyak berbeza.
Actions (For repository staff only : Login required)