Faeizah , Zulkifli (2003) Satu sistem komponen mudah yang menyokong E-dagang: FZShoppingCart / Faeizah Zulkifli. Undergraduates thesis, University of Malaya.
| PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree) Download (31Mb) | Preview |
Abstract
Dewasa ini. ramai yang memperkatakan tentang E-dagang iaitu anjakan peradigman teknologi perdagangan atas-talian yang mempercepatkan lagi aktiviti perdagangan. E-dagang meliputi aktiviti perniagaan dan juga perkhidmatan. E-dagang mampu membantu dalam mengurangkan kos transaksi, mempercepatkan aliran barangan dan makluma, meningkatkan tahap perkhidmatan pelanggan dan merapatkan jurang antara pengeluar, pembekal dan pelanggan. E-dagang juga membolehkan pengguna dan syarikat-syarikat untuk memasuki pasaran antarabangsa dunia yang lebih luas.Maka, bagi membantu peniaga dalam mempercepatkan proses perniagaan secara atas talian mereka, kini pembangunan komponen-komponen E-dagang yang boleh digunakan semula adalah menjadi satu keperluan dan semakin banyak dihasilkan. Dengan adanya komponen-komponen yang tersedia untuk sistem E-dagang, tugas pembangunan sistem menjadi mudah dan menjimatkan kos serta masa. FZShoppingCart dibina bagi membantu mengurangkan masa pembangunan sistem peruncitan atas talian. Pembangunan sistem E-dagang boleh terus menggunakan FZShoppingCart didalam pembangunan sistem perniagaan mereka ataupun membuat pengubahsuaian yang bersesuaian dengan sistem mereka. Pembangun sistem tidak perlu lagi membina komponen shopping cart yang baru bermula dari awal. Dengan adanya komponen shopping cart yang sudah siap dan boleh digunakan semula, tempoh masa yang diperlukan untuk membangunkan sistem E-dagang boleh dipercepatkan. Seterusnya ia dapat mengurangkan kos pembinaan sistem.Pembangun sistem juga boleh mengubahsuai beberapa ciri sistem seperti warna latarbelakang, saiz dan warna tulisan dengan hanya mengisi borang pengubahsuaian yang disediakan. Kitar hayat pembangun sistem ini menggunakan metodologi Model Air Terjun Yang telah diubah suai. Rekabentuknya pula menggunakan peralatan permodelan UML iaitu Unified Modelling Language. Dengan adanya FZShoppingCart, pembangunan perniagaan atas talian lebih mudah dan cepat untuk dilaksanakan.
Item Type: | Thesis ( Undergraduates) |
---|---|
Additional Information: | Academic Exercise (Bachelor’s Degree)- Faculty of Computer Science & Information Technology, 2002/2003. |
Uncontrolled Keywords: | Teknologi e-dagang; Perniagaan atas talian; Transaksi |
Subjects: | Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software |
Divisions: | Faculty of Computer Science & Information Technology |
Depositing User: | Mr Mohd Zaimi Izwan Kamarunsaman |
Date Deposited: | 05 Jul 2021 08:35 |
Last Modified: | 05 Jul 2021 08:35 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/11416 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |