Sistem pengurusan trafik secara elektronik (e-SPT) Pejabat Keselamatan Universiti Malaya / Farah Adiba Abd. Rahman

Farah Adiba , Abd. Rahman (2002) Sistem pengurusan trafik secara elektronik (e-SPT) Pejabat Keselamatan Universiti Malaya / Farah Adiba Abd. Rahman. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (8Mb) | Preview

    Abstract

    Sistem pengurusan trafik secara elektronik (e-SPT) dibangunkan untuk membantu kakitangan pentadbiran Pejabat Keselamatan di dalam mengendalikan rekod kesalahan lalulintas di samping menyediakan kemudahan pencarian kepada pelajar dan kakitangan Universiti Malaya untuk menyemak rekod kesalahan masing-masing secara terus dari mana-mana rangkaian. Bab I adalah bahagian pengenalan kepada projek yang bakal dibangunkan. Ia merangkumi definisi, tujuan, objektif, skop sistem, keperluan perkakasan dan perisian serta jadual perancangan pembangunan sistem. Bab II memberikan maklumat-maklumat kajian yang dijalankan. Kajian yang dijalankan termasuklah membuat kajian sistem sedia ada sistem semasa dan juga sistem baru yang akan dibangunkan. Bahagian ini adalah penting untuk memastikan sistem yang dibangunkan adalah lebih baik daripada sistem yang telah wujud. Metodologi yang dipilih dan analisis sistem yang telah dilakukan diterangkan dengan terperinci di dalam bab III. Analisa terhadap keperluan fungsian dan keperluan bukan fungsian juga dikenalpasti. Sebab pemilihan alatan pembangunan sistem juga telah diterangkan. Bab IV laporan ini adalah merangkumi segala aspek yang berkaitan dengan rekabentuk sistem yang terdiri daripada rekabentuk aliran data, struktur, pangkalan data dan juga rekabentuk antaramuka. Manakala dalam bab V, bab ini menerangkan tentang perlaksanaan sistem serta fasa pengkodan yang digunakan semasa membangunkan e-SPT. Pengujian sistem diterangkan dengan terperinci dalam bab VI dan VII di mana menerangkan tentang penilaian sistem ini di mana masalah yang dihadapi semasa membangunkan sistem, kekuatan sistem serta pembaharuan pada masa akan datang dan pengalaman diperolehi.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2001/2002.
    Uncontrolled Keywords: Sistem pengurusan trafik; Perisian; Modul Pengguna Umum; Kod-kod aturcara; Penghapusan rekod
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 04 Feb 2021 01:45
    Last Modified: 04 Feb 2021 01:45
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/11533

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item