Laman web aplikasi geometri bergrafik / Hafez Abdul Aziz

Hafez , Abdul Aziz (2003) Laman web aplikasi geometri bergrafik / Hafez Abdul Aziz. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (35Mb) | Preview

    Abstract

    Perkembangan abad ke 21 telah membawa perubahan yang mendadak terutamanya dalam industri berkaitan teknologi maklumat. Pelbagai istilah baru telah diperkenalkan kepada masyarakat di seluruh dunia seperti e-pendidikan, e-membeli-belah, e-perdagangan dan pelbagai istilah yang lain lagi.Selain itu, teknologi internet memainkan perananan yang penting apabila hampir kesemua urusan harian boleh dijalankan melaluinya. Dengan hanya satu klik pada tetikus pelbagai urusan boleh diselesaikan dalam sekelip mata. Ekoran daripada perkembangan ini menjadi dorongan untuk membina laman web aplikasi geometri bergrafik. Laman web aplikasi geometri dibangunkan khusus untuk pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat pra universiti dan kolej. Penyampaian laman web adalah dalam bahasa melayu ini kerana faktor kekurangan laman web sebegini yang dibangunkan menggunakan bahasa melayu sebagai medium pengantaranya. Pembinaan laman web aplikasi geometri bergrafik dilakukan berpandukan kepada kitar hayat pernbangunan sistem. Antara fasa-fasa yang terdapat dalam kitar hayat pembangunan sistem ialah perancangan sistem, analisa sistem, rekabentuk sistem, pembangunan sistem, perlaksanaan sistem, pengujian dan penyelenggaraan. Selain itu juga setiap aktiviti yang terdapat pada kitar hayat pembangunan sistem dipecahkan kepada bab-bab secara berasingan. Dengan ini penerangan sacara terperinci bagi pembangunan laman web aplikasi geometri bergrafik dapat ditunjukkan.Sebagai kesimpulannya pembinaan laman web aplikasi geometri bergrafik merupakan satu langkah bijak bagi menyediakan alternatif pembelajaran berbanding kaedah konvesional disamping memahirkan penguasaan seseorang dalam menggunakan internet.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) - Faculty of Computer Science & Information Technology, 2002/2003.
    Uncontrolled Keywords: Teknologi maklumat; Laman web; Geometri bergrafik; Kaedah pembelajaran
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mohd Zaimi Izwan Kamarunsaman
    Date Deposited: 30 Jul 2021 09:31
    Last Modified: 30 Jul 2021 09:31
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/11563

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item