A graphical package for geometry / Hee Lee Li

Hee , Lee Li (2003) A graphical package for geometry / Hee Lee Li. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (32Mb) | Preview

    Abstract

    Laporan Latihan Iimiah bertajuk "Pakej Bergrafik bagi Geometri". Latihan ini merupakan sebahagian daripada keperluan Sarjana Muda Sains Komputer, Universiti. Malaya. Ia telah dibangunkan menggunakan perisian Java. Aspek-aspek multimedia seperti grafik, animasi dan teks dengan menggunakan perisian Java te lah dimasukkan ke dalam pakej sebaik mungkin. Di samping itu, pakej itu juga direkabentuk supaya ianya benar-benar berinteraktif, iaitu pengguna turut melibatkan diri semasa menggunakan pakej. Ia juga memberi tindak balas bersesuaian mengikut kehendak pengguna. Kandungan pakej ini telah dibuat mengikut Sukatan Pelajaran Matematik KBSM di negara kita. Pakej ini menyediakan nota-nota ringkas serta latihan bagi memperkukuh minda pe]ajar-pelajar yang menggunakan pakej dari semasa ke semasa mengikut topik tertentu. Di samping itu, sudut latihan juga disediakan untuk membolehkan pelajar mempraktiks sendiri dengan mengubahsuai ciri-ciri geometry asas yang sedia ada atau penghasilan lukisan geometri dari pakej ini.Metadologi yang digunakan untuk pembangunan perisian ini adalah Pendekatan Unified. Model ini dipilih sebab ia adalah berpandukan use-case (use-case driven) dan tertumpu kepada senibina sistem ( Architecture-centric). Rekabentuk antaramuka sistem adalah berdasarkan prinsip mesra pengguna memandangkan pengguna sasarnn adalah pelajar-pelajar sekolah rendah yang berumur 10-12 tahun.Proses implementasi dimulakan dengan pemasangan (installation) perisian yang diperlukan untuk pembangunnan sistem. Ini termasuklah pemasangan JDK 1.3 .1 dan JCreator LE 2.0 dan pemastian konfigurasi perkakasan yang sepadan. Selepas itu, Proses pengekodan dimulakan. Kaedah pengekodan dijalankan dengan mengikut algoritma dan beberapa kaedah piawaian yang baik supaya memudahkan proses penyelenggaraan pada masa depan. Selepas pengimplementasi selesai dijalankan, proses pengujian dijalan. Pengujian dijalankan secara berperingkat. Jenis-jenis pengujian yang dijalankan termasuklah pengujian unit, pengujian modul, pengujian integrasi, pengujian sistem dan pengujian penerimaan. Perancangan pengujian harus dijalankan untuk menjamin kelancaran proses. Penyelenggaraan juga diperlukan selepas proses pengujian. Penilaian dijalankan pada pengakhiran pembangunan sistem. Kekuatan dan kekurangan sistem dinilai di mana kebaikan dikekalkan dan kekurangannya harus diperbaiki pada masa depan. Cadangan-cadangan terhadap projek juga dibincangkan. Kemudian kesimpulan daripada pengalaman projekjuga diketengahkan.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) - Faculty of Computer Science & Information Technology, 2002/2003.
    Uncontrolled Keywords: Lukisan geometri; Pelajaran Matematik; Nota ringkas
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mohd Zaimi Izwan Kamarunsaman
    Date Deposited: 27 Jul 2021 06:33
    Last Modified: 27 Jul 2021 06:33
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/11641

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item